Posts

Masterlist / Wishlist!

Bad Genius (Thailand Movie - 2017)

Image
 Assalamualaikum wrt wbt. I'm thinking of changing even my pen name to Chu Mim, but it would be not too secretive. Lol. So, I'm staying with Amienieya Yusof. So, today I'm going to give a review of my all-time favorite Thailand Movie - Bad Genius.  This movie was out in 2017 and the reason why I started with this is because: 1) I just finished watching Projek Anchor SPM (2021) 2) My final students just got their SPM results a few weeks ago. Anyways, my list will include a lot of school themed movie/drama, so please bear with me alright? Hehehe. I watched this drama in 2017 in cinema, I think alone. I'm a fan of going to cinema by myself. I watched a lot of movie alone because my taste of drama usually different that most of my friends.  Anyways! I don't know any of Thailand actors and actress, so let's just go straight to the story. Bad Genius started when Lynn, the genius one in this story transfer to a prestigious school with full scholarship. Her father is a

Wishlist

Image
 Assalamualaikum everyone! Finally, after a long dreadful years, Amienieya is back! I'm in the midst of writing novel, but in the mean time, I'm stuck between trying to finish my PhD proposal and Covid-19 total lockdown. This means no idea, not even for my thesis proposal. Anyways, as I'm trying to go back into writing, I might write in both language, I'm going to do reviews of dramas/movies/novels that I've watched/read in the past and present. This page will be the Masterlist / Wishlist. Just for background information, I only read Malay novels, I don't read English novels since I can't bring myself to understand the literature and sarcasm. And I watched a lot of dramas, movies, especially Korean and Japanese, and of course, Malay, English Indonesian and Thai. Along the way, I will do my own review and reflection on the story I watched or read. That's all! Bye! Books or television?

Projek Mega 2013 - Cerita 8

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013: Birthday Special Presenting : IKEMEN BUTLER HAPPINESS is never easy but never IMPOSSIBLE Amni Qairina melarikan diri dari bakal suaminya yang bertukar status menjadi bekas tunang apabila lelaki itu ditangkap basah bersama rakan baiknya sendiri. Dia mengikuti satu pakej pelancongan ke Bumi Matahari Terbit dan bertemu dengan Rifqi Haikal. Pulang ke Malaysia, luka yang disangka sembuh dirobek semula apabila Hakim, bekas tunangnya muncul dan bekerja di pejabatnya. Dengan tekad, dia berhenti kerja dan kembali ke Jepun untuk menyambung pelajarannya. Namun, jodoh pertemuan itu rahsia ALLAH. sekali lagi dia dipertemukan dengan Rifqi Haikal. Kali ini lelaki itu bertekad untuk memilikinya. Namun, Hakim tiba-tiba hadir saat hatinya sudah membuat keputusan untuk menerima Rifqi. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Qairina? Hanya Qairina yang boleh memilih jalan kebahagiaan untuk dirinya sendiri.

Projek Mega 2013 - Cerita 7

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013: Birthday Special Presenting : BUKAN PENGGANTI Dia bukan datang untuk menjadi pengganti, tetapi untuk melakar sebuah cerita baru. Nabil Ilman, pemergian Balqis seolah meragut separuh nyawanya. Yang ada cuma kehidupannya yang bekerja keras demi masa hadapan anak tunggal kesayangannya, Akma. Empat tahun selepas kehilangan Balqis, seorang wanita muncul. Dahlia Aqilah, segala-galanya tentang wanita itu mengingatkannya pada Balqis. Dan dia terus sahaja bersetuju ketika mamanya membuat keputusan untuk meminang wanita itu untuk dijadikan isterinya. Ketika hari pernikahan mereka semakin hampir, Dahlia mengetahui rahsia antara dia, Nabil dan Balqis. Apakah akan ada titik noktah di penghujung cerita mereka nanti?

Projek Mega 2013 - Cerita 6

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : SECANGKIR KASIH Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu... Kehilangan Najwa, kakak kembarnya merupakan satu tamparan hebat buat Adwa Batrisya. Sejak kecil Najwa menderita sakit barah dalam darah. Mamanya pula menuduhnya menjadi sebab Najwa tidak boleh hidup normal seperti gadis lain sejak dari kecil. Adwa dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya di kampung. Selepas Najwa pergi, Adwa membawa diri ke luar negara, menyambung pengajiannya ke Australia. Saat dia hampir menggenggam segulung ijazah, kedua-dua datuk dan neneknya, kembali ke Rahmatullah. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Adwa. Dengan sokongan ibu saudaranya, Adwa kuatkan semangat dan menyambung pelajarannya. Tawaran ke Palestin sebagai sukarelawan membuatkan Adwa terus melangkah tanpa berpaling lagi. Harapannya cuma satu, moga kesakitan yang dia

Projek Mega 2013 - Cerita 5

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walaupun sudah lama menyepi, namun... Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : BIDADARI HATI Melangkah ke hadapan itu payah, tetapi tidak mustahil Damia Hamimi, wanita yang hanya memikirkan soal minatnya dan meninggalkan teman lelakinya kerana cita-cita. Iqbal Najwan pula cuba merawat kekecewaan hati. Pertemuan kedua-duanya di bumi Jerman mengikat tali persahabatan. Tatkala berita perkahwinan Ilman sampai ke telinga Damia, dunianya seolah hancur. Baru tersedar dari kesilapan yang mana mungkin dia betulkan. Manusia bukannya hidup dalam dunia fantasi, boleh kembali ke masa lampau bila-bila masa yang mereka sukai. Lamaran Iqbal secara tiba-tiba dan berita kemalangan ayahnya membuatkan Damia melarikan diri ke Malaysia. Dia perlu masa untuk kembali melekatkan kepingan-kepingan hatinya. Dan dia perlu masa untuk belajar menjadi Damia yang baru jika dia mahu serius memikirkan lamaran Iqbal. Sesungguhnya,

Projek Mega 2013 - Cerita BONUS

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting BONUS : CERITERA HATI Cinta itu tidak semestinya memiliki kerana cinta sebenarnya satu pengorbanan untuk mereka yang kita sayangi... Kisah persahabatan Syifa Mawaddah dan Aimy Sofea yang bermula tanpa noktah. Hadirnya Syaqil Aiman di tengah-tengah persahabatan mereka mewujudkan satu istilah yang paling digeruni. Tetapi, sesungguhnya madu adalah penawar penyakit hati, yang boleh membinasakan diri. Persahabatan Aimy dan Syifa semakin erat. Hanya Syaqil tergelincir jatuh dari landasan. Egonya tercabar dek hasutan nafsu yang tak berkesudahan. Allah memberi ujian dan dia kembali ke pangkal jalan. Kadangkala bahagia itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Jalan menuju Tuhan memang sakit jika kita tiada pedoman. Ikhlaskan hati penuh keredhaan. Insya-ALLAH, jalan akan terbentang seluas-luasnya di hadapan kita. Berdoalah dan bersabarlah kerana sesungguhnya setiap kes