Kasih Itu Milikku (sambungan)
Aku baru sahaja selesai bersolat Isyak. Aku menadah tangan menghadap kekakasihku Yang Maha Esa. Hanya Dialah tempat aku mengadu nasib. Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa orang tuaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa sahabat-sahabatku, dan dosa kaum muslimin seluruhnya. Dan aku tidak pernah lupa berdoa agar Allah memberi sinar hidayah buat Natasha dann Angah. Aku juga tidak lupa agar Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh Nur Faikaa Hasanah. Aku menanggalkan telekungku dan menyangkutnya di sudut bilikku. Diari yang menjadi teman setiaku sejak dahulu kubuka. Pena di tangan aku larikan di atas kertas untuk mencoretkan segala isi hatiku. Sayup-sayup, kudengari esakan Natasha di bilikku di hujung sana. Aku menyarung tudung dan memberanikan diri untuk keluar meneliti apa yang telah terjadi. Pintu bilik itu terbuka dan dapat kudengari dengan jelas suara esakan Natasha. "Hah, kau memang enak.." Ya Allah! Itu suara Angah. Terkejut ...