Projek Mega 2013 - Cerita 6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : SECANGKIR KASIH Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu... Kehilangan Najwa, kakak kembarnya merupakan satu tamparan hebat buat Adwa Batrisya. Sejak kecil Najwa menderita sakit barah dalam darah. Mamanya pula menuduhnya menjadi sebab Najwa tidak boleh hidup normal seperti gadis lain sejak dari kecil. Adwa dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya di kampung. Selepas Najwa pergi, Adwa membawa diri ke luar negara, menyambung pengajiannya ke Australia. Saat dia hampir menggenggam segulung ijazah, kedua-dua datuk dan neneknya, kembali ke Rahmatullah. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Adwa. Dengan sokongan ibu saudaranya, Adwa kuatkan semangat dan menyambung pelajarannya. Tawaran ke Palestin sebagai sukarelawan membuatkan Adwa terus melangkah tanpa berpaling lagi. Harapannya cuma satu, moga kesakitan yang dia...