Posts

Projek Mega 2013 - Cerita 4

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting :                 ICE SKATER AND THE TRANSLATOR Cinta itu misteri, datang dan mekar tanpa kita sedari.. . Adelia Nadhirah, the translator dan Wafiq Emir, the ice skater bertemu buat kali pertama di ice rink tempat Wafiq mengajar. Pertemuan pertama yang menyatukan dunia kedua-duanya yang begitu berbeza. Pertemua kedua di bumi sakura membuka mata Wafiq dan Adelia tentang satu sama lain. Pertemuan ketiga pula pula membunuh bunga yang sedang mekar. Lalu, akan adakah pertemuan seterusnya yang mampu menyiram dan membajai semula bunga yang hampir layu itu? Mampukah the translator menterjemah kata hati si ice skater?

Projek Mega 2013 - Cerita 3

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : DIA... PERTAMA DAN TERAKHIR Tak kenal maka tak cinta Ilman Shafiy dan Amani Safiya, mengenali sesama sendiri lantaran sahabat karib mereka bersatu atas nama pasangan suami isteri. Diijabkabulkan atas pilihan keluarga masing-masing. Ilman menolak dengan alasan, dia sudah ada yang punya, namun si dia yang dicintainya sepenuh hati sudah pergi dari sisi. Lalu, pinangan ibu bapa diterima dengan hati separuh mati.  Perkenalan sepasang hati mewujudkan satu perasaan yang mereka sendiri tidak pernah jangka akan terjadi. Apakah mereka akan tega melalui liku-liku yang penuh duri? Adakah jalan penyelesaiannya akan ada di hadapannya nanti?

Projek Mega 2013 - Cerita 2

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : KUNCI HATI DIA The one who holds the key without realising... Nawfal Danish, pelajar lelaki yang diminati ramai dan terkenal. Seorang Headboy yang bertanggungjawab dan sangat gentleman. Mengikut fakta nombor, sembilan daripada dua belas pelajar perempuan akan jatuh hati dengannya kali pertama bertentang mata dan bertukar senyuman. Arshiya Maisarah, seorang gadis yang simple dan low profile. Berkemahiran tinggi dalam bidang penulisan. Ketua Pengarang Buletin sekolah merangkap rakan sekelas kepada Nawfal Danish. Apa yang semua orang tahu : Dia tiga daripada dua belas orang perempuan yang tidak tersenarai dalam fakta nombor Nawfal Danish itu. Apa yang semua orang tidak tahu : Rahsia hati perlu disimpan kemas-kemas kerana dia bukan apa yang semua orang tahu. Berjayakah Arshiya Maisarah merealisasikan cinta monyetnya? Ataupun ia akan kekal sebagai kenangan cin...

Projek Mega 2013 - Cerita 1

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting the first story : BODYGUARD The one who always care but never touch. Iman Nazihah, kakak sulung kepada seorang adik perempuan dan lima orang adik lelaki. Ibunya meninggal dunia dan ayahnya bekerja membanting tulang siang dan malam untuk menyara mereka bertujuh. Seorang lelaki tua datang dan menawarkan bantuan dengan syarat, Iman perlu berkahwin. Apakah keputusan Iman? Mampukah dia mengorbankan masa depannya dan hidup bersama seorang lelaki yang tua berkali-kali ganda daripadanya? Kesanggupan dan kemampuan adalah dua perkara yang berbeza.  Persoalannya, siapakah yang hadir sebagai BODYGUARD kepada Iman Nazihah?

Novel baru

Salam to all. Hi readers. Sorry dah lama tak post kat blog nih... By the way, Anis Hasni dah buat novel baru... Novel yang lama tu tengah tunggu publisher reply. Kalau ada rezeki, Insya-ALLAH... Doakan okay? Kalau tak ada rezeki, Anis Hasni akan letak novel tu dalam blog nih. By the way, saya dah tukar nama pena. Nama pena baru : Amienieya Yusof Ada sebab tukar nama pena tu... So, kalau nak baca, dipersilakan... So, see ya! Wassalam.

UNTUKMU ADAM & HAWA

Adam... Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan, Gagah perkasa seperti Badang, Kau gunakan Hawa sebagai umpan, Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang. Hawa... Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu, Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu, Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu, Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu. Adam... Kadangkala kekacakan yang ada padamu, Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api, Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu, Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati. Hawa... Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam, Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis, Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam, Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius. Adam... Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa, Senyum nakalmu membuatkan Ha...

MANA SATU PILIHAN HATI

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?" Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang. Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan All...