Posts

Projek Mega 2013 - Cerita 8

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013: Birthday Special Presenting : IKEMEN BUTLER HAPPINESS is never easy but never IMPOSSIBLE Amni Qairina melarikan diri dari bakal suaminya yang bertukar status menjadi bekas tunang apabila lelaki itu ditangkap basah bersama rakan baiknya sendiri. Dia mengikuti satu pakej pelancongan ke Bumi Matahari Terbit dan bertemu dengan Rifqi Haikal. Pulang ke Malaysia, luka yang disangka sembuh dirobek semula apabila Hakim, bekas tunangnya muncul dan bekerja di pejabatnya. Dengan tekad, dia berhenti kerja dan kembali ke Jepun untuk menyambung pelajarannya. Namun, jodoh pertemuan itu rahsia ALLAH. sekali lagi dia dipertemukan dengan Rifqi Haikal. Kali ini lelaki itu bertekad untuk memilikinya. Namun, Hakim tiba-tiba hadir saat hatinya sudah membuat keputusan untuk menerima Rifqi. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Qairina? Hanya Qairina yang boleh memilih jalan kebahagiaan untuk dirinya sendiri.

Projek Mega 2013 - Cerita 7

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013: Birthday Special Presenting : BUKAN PENGGANTI Dia bukan datang untuk menjadi pengganti, tetapi untuk melakar sebuah cerita baru. Nabil Ilman, pemergian Balqis seolah meragut separuh nyawanya. Yang ada cuma kehidupannya yang bekerja keras demi masa hadapan anak tunggal kesayangannya, Akma. Empat tahun selepas kehilangan Balqis, seorang wanita muncul. Dahlia Aqilah, segala-galanya tentang wanita itu mengingatkannya pada Balqis. Dan dia terus sahaja bersetuju ketika mamanya membuat keputusan untuk meminang wanita itu untuk dijadikan isterinya. Ketika hari pernikahan mereka semakin hampir, Dahlia mengetahui rahsia antara dia, Nabil dan Balqis. Apakah akan ada titik noktah di penghujung cerita mereka nanti?

Projek Mega 2013 - Cerita 6

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : SECANGKIR KASIH Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu... Kehilangan Najwa, kakak kembarnya merupakan satu tamparan hebat buat Adwa Batrisya. Sejak kecil Najwa menderita sakit barah dalam darah. Mamanya pula menuduhnya menjadi sebab Najwa tidak boleh hidup normal seperti gadis lain sejak dari kecil. Adwa dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya di kampung. Selepas Najwa pergi, Adwa membawa diri ke luar negara, menyambung pengajiannya ke Australia. Saat dia hampir menggenggam segulung ijazah, kedua-dua datuk dan neneknya, kembali ke Rahmatullah. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Adwa. Dengan sokongan ibu saudaranya, Adwa kuatkan semangat dan menyambung pelajarannya. Tawaran ke Palestin sebagai sukarelawan membuatkan Adwa terus melangkah tanpa berpaling lagi. Harapannya cuma satu, moga kesakitan yang dia...

Projek Mega 2013 - Cerita 5

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walaupun sudah lama menyepi, namun... Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : BIDADARI HATI Melangkah ke hadapan itu payah, tetapi tidak mustahil Damia Hamimi, wanita yang hanya memikirkan soal minatnya dan meninggalkan teman lelakinya kerana cita-cita. Iqbal Najwan pula cuba merawat kekecewaan hati. Pertemuan kedua-duanya di bumi Jerman mengikat tali persahabatan. Tatkala berita perkahwinan Ilman sampai ke telinga Damia, dunianya seolah hancur. Baru tersedar dari kesilapan yang mana mungkin dia betulkan. Manusia bukannya hidup dalam dunia fantasi, boleh kembali ke masa lampau bila-bila masa yang mereka sukai. Lamaran Iqbal secara tiba-tiba dan berita kemalangan ayahnya membuatkan Damia melarikan diri ke Malaysia. Dia perlu masa untuk kembali melekatkan kepingan-kepingan hatinya. Dan dia perlu masa untuk belajar menjadi Damia yang baru jika dia mahu serius memikirkan lamaran Iqbal. Sesungguhnya,...

Projek Mega 2013 - Cerita BONUS

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting BONUS : CERITERA HATI Cinta itu tidak semestinya memiliki kerana cinta sebenarnya satu pengorbanan untuk mereka yang kita sayangi... Kisah persahabatan Syifa Mawaddah dan Aimy Sofea yang bermula tanpa noktah. Hadirnya Syaqil Aiman di tengah-tengah persahabatan mereka mewujudkan satu istilah yang paling digeruni. Tetapi, sesungguhnya madu adalah penawar penyakit hati, yang boleh membinasakan diri. Persahabatan Aimy dan Syifa semakin erat. Hanya Syaqil tergelincir jatuh dari landasan. Egonya tercabar dek hasutan nafsu yang tak berkesudahan. Allah memberi ujian dan dia kembali ke pangkal jalan. Kadangkala bahagia itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Jalan menuju Tuhan memang sakit jika kita tiada pedoman. Ikhlaskan hati penuh keredhaan. Insya-ALLAH, jalan akan terbentang seluas-luasnya di hadapan kita. Berdoalah dan bersabarlah kerana sesungguhnya setiap kes...

Projek Mega 2013 - Cerita 4

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting :                 ICE SKATER AND THE TRANSLATOR Cinta itu misteri, datang dan mekar tanpa kita sedari.. . Adelia Nadhirah, the translator dan Wafiq Emir, the ice skater bertemu buat kali pertama di ice rink tempat Wafiq mengajar. Pertemuan pertama yang menyatukan dunia kedua-duanya yang begitu berbeza. Pertemua kedua di bumi sakura membuka mata Wafiq dan Adelia tentang satu sama lain. Pertemuan ketiga pula pula membunuh bunga yang sedang mekar. Lalu, akan adakah pertemuan seterusnya yang mampu menyiram dan membajai semula bunga yang hampir layu itu? Mampukah the translator menterjemah kata hati si ice skater?

Projek Mega 2013 - Cerita 3

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : DIA... PERTAMA DAN TERAKHIR Tak kenal maka tak cinta Ilman Shafiy dan Amani Safiya, mengenali sesama sendiri lantaran sahabat karib mereka bersatu atas nama pasangan suami isteri. Diijabkabulkan atas pilihan keluarga masing-masing. Ilman menolak dengan alasan, dia sudah ada yang punya, namun si dia yang dicintainya sepenuh hati sudah pergi dari sisi. Lalu, pinangan ibu bapa diterima dengan hati separuh mati.  Perkenalan sepasang hati mewujudkan satu perasaan yang mereka sendiri tidak pernah jangka akan terjadi. Apakah mereka akan tega melalui liku-liku yang penuh duri? Adakah jalan penyelesaiannya akan ada di hadapannya nanti?