Posts

Showing posts from December, 2012

Projek Mega 2013 - Cerita 7

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013: Birthday Special Presenting : BUKAN PENGGANTI Dia bukan datang untuk menjadi pengganti, tetapi untuk melakar sebuah cerita baru. Nabil Ilman, pemergian Balqis seolah meragut separuh nyawanya. Yang ada cuma kehidupannya yang bekerja keras demi masa hadapan anak tunggal kesayangannya, Akma. Empat tahun selepas kehilangan Balqis, seorang wanita muncul. Dahlia Aqilah, segala-galanya tentang wanita itu mengingatkannya pada Balqis. Dan dia terus sahaja bersetuju ketika mamanya membuat keputusan untuk meminang wanita itu untuk dijadikan isterinya. Ketika hari pernikahan mereka semakin hampir, Dahlia mengetahui rahsia antara dia, Nabil dan Balqis. Apakah akan ada titik noktah di penghujung cerita mereka nanti?