Posts

Showing posts from November, 2012

Projek Mega 2013 - Cerita 6

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : SECANGKIR KASIH Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu... Kehilangan Najwa, kakak kembarnya merupakan satu tamparan hebat buat Adwa Batrisya. Sejak kecil Najwa menderita sakit barah dalam darah. Mamanya pula menuduhnya menjadi sebab Najwa tidak boleh hidup normal seperti gadis lain sejak dari kecil. Adwa dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya di kampung. Selepas Najwa pergi, Adwa membawa diri ke luar negara, menyambung pengajiannya ke Australia. Saat dia hampir menggenggam segulung ijazah, kedua-dua datuk dan neneknya, kembali ke Rahmatullah. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Adwa. Dengan sokongan ibu saudaranya, Adwa kuatkan semangat dan menyambung pelajarannya. Tawaran ke Palestin sebagai sukarelawan membuatkan Adwa terus melangkah tanpa berpaling lagi. Harapannya cuma satu, moga kesakitan yang dia

Projek Mega 2013 - Cerita 5

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walaupun sudah lama menyepi, namun... Projek Mega 2013 : Birthday Special Presenting : BIDADARI HATI Melangkah ke hadapan itu payah, tetapi tidak mustahil Damia Hamimi, wanita yang hanya memikirkan soal minatnya dan meninggalkan teman lelakinya kerana cita-cita. Iqbal Najwan pula cuba merawat kekecewaan hati. Pertemuan kedua-duanya di bumi Jerman mengikat tali persahabatan. Tatkala berita perkahwinan Ilman sampai ke telinga Damia, dunianya seolah hancur. Baru tersedar dari kesilapan yang mana mungkin dia betulkan. Manusia bukannya hidup dalam dunia fantasi, boleh kembali ke masa lampau bila-bila masa yang mereka sukai. Lamaran Iqbal secara tiba-tiba dan berita kemalangan ayahnya membuatkan Damia melarikan diri ke Malaysia. Dia perlu masa untuk kembali melekatkan kepingan-kepingan hatinya. Dan dia perlu masa untuk belajar menjadi Damia yang baru jika dia mahu serius memikirkan lamaran Iqbal. Sesungguhnya,