Posts

Showing posts from May, 2011

Selamat Hari Ibu!!

Image
Assalamualaikum... Hye to all!! Saya, Amimah Hasniyah binti Md. Yusof ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya, Puan Ramlah binti Hj. Ishak... This is the pic of my mom.... (p/s : yang baby tu anak saudara saya, bukan saya... ahem...ahem) Terima kasih kepada mak yang telah mengandungkan Mim selama 9 bulan... Jaga sampai besaq... Hayun ndui (buaian) time kecik2 dulu... Bagi minum susu yummy...yummy... Hantaq gi tadika tiap-tiap hari... Mandikan time kecik2 sebelum pi sekolah... Jahit semua baju Mim... Hantaq Mim pi sekolah... Bagi semangat and motivation untuk berjaya Teman Mim tidoq tiap-tap malam (manja!) Masak untuk satu family... Banyak lagilah... kalau nak senarai, 5 hari 5 malam pun belum cukup Mim nak mintak maaf dengan mak sebab : 1) Selalu bagi mak risau... 2) Asyik nangis ja... (cengeng) 3) Tak berapa pandai nak jaga diri sendiri... 4) Sangat malas 5) Selalu degil + ketegaq... Mim mintak maaf tau mak... Mim akan usahakan yang terbaik dan jadi kebanggaan family!! Insy

CERITA CINTA (4)

Sudah hampir seminggu Aimy berada di rumahnya bersama-sama Syaqil, Syifa dan Khalif. Khalif pula sudah semakin membesar. Usianya sudah menceceah hampir tiga minggu. Aimy bersandar tenang di kepala katil sambil memandang bayinya yang nyenyak tidur di sisinya. Dia meneruskan bacaannya. Syifa dan Syaqil sudah keluar awal pagi tadi memandang kesihatan Syifa yang agak kurang memeuaskan sejak akhir-akhir ini. Aimy bangkit dan menuju ke almari simpanannya. Dua buah kotak yang berbalut kemas dikeluarkannya dari almari tersebut dan diletakkan di atas meja. Dia menanggalkan stoking yang dipakainya dan bergerak terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aimy bertafakur sendirian di tengah kamarnya pagi itu. Entah kenapa, air matanya mengalir laju di pipi. Dia bangun memangku bayinya yang masih lena dan diciumnya berulang kali. “Ummi sayang sangat dengan Khalif. Ummi harap, Khalif akan jadi harta yang paling berharga dalam hidup ummi dunia dan akhirat sayang. Jadilah anak yang soleh, ya Khalif

CERITA CINTA (3)

Syaqil menangis sendirian di dalam kamarnya. Seluruh ahli keluarganya mungkin sahaja sudah tidur. Jam di dinding menunjukkan jam 3.35 minit pagi. Matanya yang tidak mahu terlena sejak semalam dibiarkan sahaja. Sudah dua hari juga dia tidak ke pejabat. Nasib baik jugalah pejabatnya itu milik bapa saudaranya. Jadi, Pengurus Syarikat memahami, COOnya terus bercuti. Syaqil masih kekal dalam keadaan sujud. Air matanya dibiarkan membasahi sejadah yang dibentangkan di tengah-tengah kamarnya itu. Hatinya tidak putus-putus melafazkan doa. Sudah dua hari Syifa tidak sedarkan diri dari pembedahan. Begitu juga dengan Aimy. Dia bersyukur kerana bayi mereka selamat. Namun, sesungguhnya, dia lebih risau akan Aimy. Sebelum dia pulang dari hospital sebentar tadi, Syifa sudah berada dalam keadaan stabil. Cuma hanya perlu menunggu masa agar wanita itu sedar semula. Aimy pula masih dalam keadaan kritikal. Air mata Syaqil terus mengalir. Sebenarnya, air matanya masih belum berhenti mengalir sejak dia

CERITA CINTA (2)

“Assalamualaikum, Syifa?” Kedengaran Aimy bersuara di talian. “Waalaikumussalam…” Dan tangisan Syifa terus berlagu. “Syifa? Kenapa ni? Ada masalah ke?” Kalut Aimy bertanya. Syifa tidak pernah menangis begini. Syifa yang dikenalinya sangat kuat. Tidak pernah mengalirkan air mata selain pada ALLAH. “Syifa rasa bersalah sangat pada Aimy…” Syifa menangis lagi. “Apa ni Syifa? Kenapa ni? cuba cerita pelan-pelan dengan Aimy?” Aimy kalut. Kalaulah dia punya sayap, mahu sahaja dia terbang ke Pulau Pinang sekarang. “Syifa dah bertaaruf dengan bakal suami Syifa’, Aimy… Lepas habis belajar nanti, kami akan bertunang dan terus kahwin.” Syifa memberitahu. Aimy tergelak. “Lah, comel betullah Syifa’ ni. Ingatkan apa tadi. Makruk alaik, ya sadiqati. Tahun depanlah kan? Alhamdulillah. Siapa jejaka bertuah tu?” Ingatkan apalah tadi. “Ya, tapi Syifa bersalah dengan Aimy..” Syifa masih lagi menangis. “Kenapa, Syifa? Kenapa perlu rasa bersalah dengan Aimy? Aimy tak kecik hati pun? Malah Aim