Posts

Showing posts from September, 2011

UNTUKMU ADAM & HAWA

Adam... Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan, Gagah perkasa seperti Badang, Kau gunakan Hawa sebagai umpan, Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang. Hawa... Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu, Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu, Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu, Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu. Adam... Kadangkala kekacakan yang ada padamu, Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api, Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu, Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati. Hawa... Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam, Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis, Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam, Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius. Adam... Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa, Senyum nakalmu membuatkan Ha

MANA SATU PILIHAN HATI

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?" Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang. Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan All

Buat Si Gadis Yang Meningkat Remaja

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" Ibu hany

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusna