Posts

Showing posts from December, 2009

Kasih Itu Milikku (sambungan)

Aku baru sahaja selesai bersolat Isyak. Aku menadah tangan menghadap kekakasihku Yang Maha Esa. Hanya Dialah tempat aku mengadu nasib. Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa orang tuaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa sahabat-sahabatku, dan dosa kaum muslimin seluruhnya. Dan aku tidak pernah lupa berdoa agar Allah memberi sinar hidayah buat Natasha dann Angah. Aku juga tidak lupa agar Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh Nur Faikaa Hasanah. Aku menanggalkan telekungku dan menyangkutnya di sudut bilikku. Diari yang menjadi teman setiaku sejak dahulu kubuka. Pena di tangan aku larikan di atas kertas untuk mencoretkan segala isi hatiku. Sayup-sayup, kudengari esakan Natasha di bilikku di hujung sana. Aku menyarung tudung dan memberanikan diri untuk keluar meneliti apa yang telah terjadi. Pintu bilik itu terbuka dan dapat kudengari dengan jelas suara esakan Natasha. "Hah, kau memang enak.." Ya Allah! Itu suara Angah. Terkejut

Kasih Itu Milikku

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Ayahku di sisi hanya dipangdang dengan hujung mata. Aku kini sudah mula bercuti di rumah setelah tamat peperiksaan SPMnya. Ayahku sudah berjanji untuk menjemputku pulang ke rumah. ”Adik, kenapa macam tak suka je, ayah ambil balik rumah?” ayahku bersuara. Aku menoleh. ”Ayah... adik takutlah... anak-anak Mama Zara tu macam tak suka je kat adik..” Aku tergagap bersuara. Aku tahu ayah kurang senang mendengar kata-kataku pada anak-anak tirinya itu. Ayah sayang akan mereka sebagaimana ayah menyayangi aku, Along dan Angah. Cuma.. entahlah.. mungkin kasih itu masih belum menjadi milikku... ”Cik Amy...” Aku sekadar berdehem perlahan. ”Maaf.. pakcik dah terbiasa, Amy...” Pak Cik Yaakob mengeluarkan barang-barangku dari dalam bonet kereta. Walaupun ayahku kaya dan ternama, ayah dan ibu tidak pernah mengajarku menjadi sombong dan bongkak. Kami sering sahaja makan satu meja walaupun bersama pembantu, tidak seperti kebanyakan orang kaya yang seperti