Selamat Hari Ibu..

Confirm orang kata Anis Hasni pulun!! Dah tulis kat blog diary...nak tulis kat sini pulak... Well..kat sini lain sikit...

Cerita ini diceritakan oleh seorang kakak kepada saya ketika sama-sama menaiki bas ke Sungai Petani untuk menghadiri kelas komputer di Cosmopoint...Berkurun tuh...Special edition sempena hari ibu nih....

Kasih Seorang Ibu...

Kisah ini terjadi pada seorang kawan baiknya. Pagi itu, seperti biasa, ibunya menyediakan sarapan pagi sebelum dia dan adik-adiknya ke sekolah. dan seperti biasa juga, hanya beberapa keping roti bakar disdiakan bersama sekaya dan seteko air kopi. Dan seperti biasa, adiknya yang bongsu...berusia dalam dua belas tahun...perempuan, bersuara separuh merungut.

"Apa ni, bu? Asyik makan roti bakar dengan sekaya je pagi-pagi. Dahlah bagi sehari lima puluh sen je... Sekarang nasik lemak pun dah naik tujuh puluh sen tau... Dahlah jamu air kopi... Kopi ni banyak kafein, boleh mengurangkan ingatan adik yang nak kena belajar bagi pandai ni... Kalau tak pandai, ibu bising...cakap adik mainlah...apalah..."

Si ibu hanya menunduk sambil melihat anak-anaknya makan. Si abang pantas menegur si adik. "Apa adik cakap macam tu? Untung ibu bagi jugak kita makan... Kalau adik kat Iraq ke...Afgha ke...nak makan kulit roti pun susah tau. Ni siap ada sekaya lagi... Cuba belajar bersyukur sikit!!"

"Itu kat Iraq...Afgha... Masalahnya, kita kat Malaysia... Kenapa adik lahir dari perut ibu? Kenapa adik tak lahir dari perut ibu yang kaya? Boleh adik hidup macam kawan-kawan adik..."

"Adik!!" Si abang mula berang.

"Cakap sikit nak marah... Dahlah adik tak mahu makan. Lagi baik adik mati tak makan dari makan benda-benda macam ni... Bukannya kita tak mampu...Ibu tu malas!! Adik pergi sekolah dulu..." Si adik pantas bangun mencapai beg sekolahnya dan keluar menunggu bas ke sekolah.

Si abang dan kedua-dua kakaknya hanya memandang. Ibu hanya tersenyum kelat. "Dahlah, abang...makanlah...nanti lambat nak pergi sekolah."

Setelah selesai bersarapan, si abang dan kakak berjalan ke sekolah meninggalkan seorang lagi kakak bersama-sama ibu mereka memandangkan si kakak sulung itu bersekolah sesi petang.

Dalam perjalanan, abang dan kakak berbincang mengenai permasalahan adik mereka. Adik adalah anak kesayangan ibu. Ibu berusaha memenuhi permintaan adik. Malah, ibu bekerja kuat saban hari untuk membayar tambang bas sekolah yang dinaiki adik setiap hari. Malah, adik juga akan dibelikan baju baru setiap kali mereka keluar membeli-belah. Sedangkan abang dan kedua-dua kakaknya hanya menggunakan tiga pasang baju dalam setahun. Namun, mereka tidak pernah cemburu. Cuma si adik sering merungut. Tidak pernah tahu bersyukur.

Kakak sulung memandang ibu yang terkocoh-kocoh bersiap untuk ke tempat kerjanya. Ibu merupakan seorang pekerja kilang. Apabila ada masa lapang, ibu akan bekerja di restoran untuk menambah pendapatan. Malah, ibu juga membuat kuih dan dihantar ke restoran tempat dia bekerja.

Tengah hari itu, adik pulang dengan muka masam. Si abang menghampiri. "Kenapa ni, dik?"

"Adik tak suka keluarga kita. Adik tak suka hidup miskin macam ni!! Tadi, kat sekolah, diorang tuduh adik curi duit. Sebab adik anak orang miskin. Adik benci!!" Si abang mengucap panjang. Mengapa masih ada orang berfikiran kolot sebegitu rupa?

"Adik, sabar ya..." Si abang cuma memujuk.

"Asyik sabar ja. Adik tak mahu duduk kat sini lagi!! Adik malu! Semua orang tak mahu kawan dengan adik sebab takut adik curi duit diorang sebab adik anak ibu. Ibu miskin! Adik anak orang miskin!"

"Adik...tak baik cakap macam tu... Ibu kita berusaha kuat nak bagi kita makan. Adik kena belajar bersyukur..."

"Ah...abang pun sama je... Abang tak apalah... Abang lain... Adik ni pandai. Mana ada orang hebat, pandai macam adik ni anak orang miskin kat sekolah tu. Semua anak orang kaya... Semua tak pandang adik!!" Si abang beristighfar berulang kali. Akhirnya dia berlalu. Tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk si adik yang keras kepala itu.

Malam itu, si ibu yang keletihan setelah pulang bekerja hanya menyediakan sardin untuk mereka sekeluarga. Sebaik sahaja di meja makan, ibu melihat adik tiada di tempatnya. Ibu mencari adik di bilik.

"Adik, makan... Ibu masakkan sardin untuk adik..." ajak si ibu.

"Ah...adik tak mahu!! Hari-hari makan sardin! Adik dah bosan. Sekali lagi ibu masakkan sardin...adik lari dari rumah!!" Terkejut si ibu mendengar kata-kata anak bongsunya itu.

Keesokan harinya, ibunya bekerja syif petang dan sempat menyediakan sup ayam kepada si adik. Sup itu disimpannya di dalam ketuhar dan sekeping nota ditinggalkan di dalam biliknya untuk memberitahu si adik. Yang dihidangkan hanyalah lauk sardin.

Si adik pulang pada tengah hari itu dan terlihat sekeping kertas di atas katilnya. Namun, kerana menyangkakan kertas itu kertas kosong kerana ibunya hanya sempat menulis di atas kertas minyak pembalut roti canai pada pagi tadi langsung dibuangnya.

Si adik berasa tercabar melihat hanya sardin yang dihidangkan. Dia berlari ke atas, mengemas beberapa helai bajunya ke dalam beg dan berlalu keluar. Kakak sulung yang baru pulang dari kelas tambahan percuma di sekolah terkejut melihat hidangan yang tidak bertutup.

Dia berlari ke bilik si adik. Yang tinggal hanyalah baju sekolah yang dipakainya sebentar tadi disepuk di atas katil. Pintu almari baju juga terbuka dan beg yang selalu digunakannya untuk membawa barang juga tiada. Abang dan kakak pulang selepas itu diberitahu. Mereka berusaha mencari si adik di sekitar perumahan mereka. Namun tiada. Ibu pulang pada malam itu juga diberitahu. Mereka bertungkus-lumus mencari si adik. Namun tidak berjumpa.

Si adik pula terus berjalan. Akhirnya, dia tertidur kepenatan di sebuah gerai usang di tepi jalan. Petang itu, sepasang suami isteri menemuinya.

"Adik...Adik buat apa kat sini?" Si Adik hanya menggeleng.

"Saya tak ada rumah, mak cik..." Agak lama mereka memerhati dan akhirnya mereka mengecam sesuatu.

"La..adik ni anak Cik Mah, kan?" ujar si wanita. Si adik terpinga-pinga tidak mengerti. dan mereka membawa si adik pulang ke sebuah rumah yang besar.

Si adik sangat seronok. Tanpa dia menegetahui akan sebenarnya hakikat yang perlu ditempuhinya di dalam rumah besar itu.

Si ibu dan ketiga-tiga anaknya bergegas ke rumah besar itu setelah mendapat panggilan dari seorang kenalan arwah suaminya.

Maka, tersingkaplah segala rrahsia yang selama ini dipendamkan oleh mereka sekeluarga.

"Adik...anak angkat ibu?" soal adik bagaikan tidak percaya.

"Ya, sayang..ibu mintak maaf.." Si ibu menangis teresak-esak.

"Ibu sengaja nak siksa adik!! Ibu tak mau beritahu yang adik ada keluarga besar macam ni! Kenapa ibu tak serahkan adik semula pada ibu bapa kandung adik? Adik sepatutnya ibu jaga sekejap saja, kan? Apa semua ni, ibu?" Si ibu masih memendam rahsia yang tidak diketahui si adik untuk menjaga hati gadis itu.

"Balik, ya adik!" ajak si ibu.

"Balik? Balik ke rumah ibu yang miskin tu? Adik tak mau!! Adik nak duduk dengan keluarga kandung adik!! Besar, kaya!!" Dan, si ibu pulang dengan perasaan sangat kecewa.

Si adik tidak menyangka layanan buruk yang harus diterimanya. Akhirnya, dia memberanikan diri menyoal. Dan jawapan yang diterima amat memeranjatkan.

"Heh, kau ingat aku hantar dekat ibu kau yang baik tu, sekejap. AKu bagi terusla dekat dia! Kau tahu sebab apa? Sebab kau ni bawak sial!! Lepas kau lahir...bapak aku mati kemalangan. Bussiness family aku bankcrupt!! Lepas aku bagi kau dekat ibu yang kau benci sangat tu... Barulah keluarga aku ni, senang!! Harta melimpah-ruah!! Kau reti tak? Sekarang, kau buat semua yang aku suruh!!" arah ibu kandungnya.

Si adik sangat sedih dan akhirnya berjaya melarikan diri semula ke rumah ibunya.

Si ibu yang ketika itu sedang menyiapkan kuih untuk jualannya terkejut melihat adik yang kebasahan di muka pintu. Segera disambutnya dan si adik yang terlalu letih dan kesejukan itu.

Malam itu, si adik berjanji pada ibu di hadapan ketiga-tiga adik-beradiknya yang dia akan mejaga ibu sampai bila2. Mereka berasa begitu bahagia mendengar janji si adik.

Si adik sudah tidak mempedulikan lagi segala ejekan dan hinaan rakan-rakan terhadapnya. dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga akhirnya berjaya menempatkan diri di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur dan ditawarkan bantuan kewangan. Si adik terus berusaha sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti di luar negara.

Kini, si adik dan ketiga-tiga adik-beradiknya berkongsi duit membeli sebuah rumah banglo buat ibu beserta dengan pembantu rumah. Mereka juga membelikan sebuah kereta beserta seorang pemandu. Malah, setiap hujung minggu, mereka akan pulang menghabiskan masa bersama ibu secara bergilir. hanya si adik yang tinggal bersama ibu sambil meneruskan kerjayanya sebagai seorang ibu. Walaupun, ibunya hanya ibu angkat merangkap ibu susuan kepadany, anmun, ibu inilah yang banyak berjasa kepadanya, yang menatangnya bagai minyak yang penuh.

Oleh itu, seharusnya kita menyayangi ibu kita kerana pengorabanannya sukar diganti dan kehilangannya sukar dicari ganti!! Sayangilah ibu anda... Kepada para ibu...Selamat Hari Ibu!!

IKHLAS -
ANIS HASNI a.k.a AHMY...

Comments

Anonymous said…
sob3... trharu aku bace huhuhuhhu~