Projek Mega 2013 - Cerita BONUS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Projek Mega 2013 :
Birthday Special

Presenting
BONUS :

CERITERA HATI

Cinta itu tidak semestinya memiliki kerana cinta sebenarnya satu pengorbanan untuk mereka yang kita sayangi...

Kisah persahabatan Syifa Mawaddah dan Aimy Sofea yang bermula tanpa noktah. Hadirnya Syaqil Aiman di tengah-tengah persahabatan mereka mewujudkan satu istilah yang paling digeruni. Tetapi, sesungguhnya madu adalah penawar penyakit hati, yang boleh membinasakan diri.

Persahabatan Aimy dan Syifa semakin erat. Hanya Syaqil tergelincir jatuh dari landasan. Egonya tercabar dek hasutan nafsu yang tak berkesudahan. Allah memberi ujian dan dia kembali ke pangkal jalan.

Kadangkala bahagia itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Jalan menuju Tuhan memang sakit jika kita tiada pedoman. Ikhlaskan hati penuh keredhaan. Insya-ALLAH, jalan akan terbentang seluas-luasnya di hadapan kita. Berdoalah dan bersabarlah kerana sesungguhnya setiap kesabaran itu ada penghujung yang manis.

Comments

Mufidah said…
gud luck for Projek Mega.Can't wait for March to come..