Projek Mega 2013 - Cerita 6

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Projek Mega 2013 :
Birthday Special

Presenting :



SECANGKIR KASIH

Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu...

Kehilangan Najwa, kakak kembarnya merupakan satu tamparan hebat buat Adwa Batrisya. Sejak kecil Najwa menderita sakit barah dalam darah. Mamanya pula menuduhnya menjadi sebab Najwa tidak boleh hidup normal seperti gadis lain sejak dari kecil. Adwa dijaga sepenuhnya oleh datuk dan neneknya di kampung.

Selepas Najwa pergi, Adwa membawa diri ke luar negara, menyambung pengajiannya ke Australia. Saat dia hampir menggenggam segulung ijazah, kedua-dua datuk dan neneknya, kembali ke Rahmatullah. Saat itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Adwa. Dengan sokongan ibu saudaranya, Adwa kuatkan semangat dan menyambung pelajarannya.

Tawaran ke Palestin sebagai sukarelawan membuatkan Adwa terus melangkah tanpa berpaling lagi. Harapannya cuma satu, moga kesakitan yang dia akan lihat sehari-hari akan menyedarkan dirinya yang ujian dan kesakitan yang dilaluinya hanya sebahagian daripada mereka di situ. Namun parutnya tetap dalam. Hatinya masih sakit. Lukanya masih belum sembuh sepenuhnya.

Hazim Zikri, doktor sukarelawan yang datang semula ke Palestin dengan misi untuk membawa Adwa pulang ke Malaysia. Itu janjinya pada abang-abang dan ayah Adwa. Dan janjinya berjaya dipenuhi. Kembali ke Malaysia, hati Adwa masih belum pulih sepenuhnya. Masih ada luka yang berbekas, masih ada parut yang tetap segar.

Mampukah Adwa dan mamanya sedar yang mereka masing-masing hanya memendam perasaan sendiri? Mampukah Adwa menguatkan hatinya mengungkapkan kata 'maaf' pada mamanya? Dan adakah mamanya akan menerimanya semula?

Adakah Adwa akan merasa betapa luasnya kasih dan sayang seorang mama yang sebenarnya terhadap dia yang selama ini hanya memendam rasa?

Comments

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
This comment has been removed by a blog administrator.