Projek Mega 2013 - Cerita 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Walaupun sudah lama menyepi, namun...

Projek Mega 2013 :
Birthday Special

Presenting :


BIDADARI HATI

Melangkah ke hadapan itu payah, tetapi tidak mustahil

Damia Hamimi, wanita yang hanya memikirkan soal minatnya dan meninggalkan teman lelakinya kerana cita-cita. Iqbal Najwan pula cuba merawat kekecewaan hati. Pertemuan kedua-duanya di bumi Jerman mengikat tali persahabatan.

Tatkala berita perkahwinan Ilman sampai ke telinga Damia, dunianya seolah hancur. Baru tersedar dari kesilapan yang mana mungkin dia betulkan. Manusia bukannya hidup dalam dunia fantasi, boleh kembali ke masa lampau bila-bila masa yang mereka sukai.

Lamaran Iqbal secara tiba-tiba dan berita kemalangan ayahnya membuatkan Damia melarikan diri ke Malaysia. Dia perlu masa untuk kembali melekatkan kepingan-kepingan hatinya. Dan dia perlu masa untuk belajar menjadi Damia yang baru jika dia mahu serius memikirkan lamaran Iqbal. Sesungguhnya, mereka hidup dalam dua dunia yang begitu berbeza.

Dua tahun Iqbal seolah hilang punca mencari ke mana hilangnya Damia. Dia hanya berserah dan berharap untuk kembali bertemu Damia di Malaysia. Pertemuan tidak sengaja dengan wanita itu seolah satu keajaiban buat Iqbal. Namun, apakah jawapan yang akan diberikan oleh Damia untuk Iqbal?


Comments

yui said…
huuiiii... projek mega kot..haha hg ada hantaq dak kat publisher? klu terbit..kaya oo
Chu Mim said…
Bukanlah, ini special punya. Bukan untukhantaq kat mana-mana pun.