WARKAH DARI HAWA... UNTUKMU ADAM...

Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu...

Sesungguhnya aku ini adalah Hawa,

Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya daripada tulang rusukmu yang bengkok.

Jadi tiak hairanlah jika perjalan hidupku ; sentiasa inginkan bimbingan darimu dan sentiasa mahu terpesong dari landasan,

Kerana aku buruan syaitan.

Adam...

Maha suci Allah yang mentakdirkan

Kaumku lebih ramai dari kaumku di akhir zaman,

Itulah sebenarnya ketelitilian Allah dalam urusan-Nya.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku

Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,

Kacau bilaulah suasana.

Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil

Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.

Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah

Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu

Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,

Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkan aku,

Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti

Tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan

Kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita.

Kau diberi amanah untuk mendidik aku,

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,

Memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,

Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.

Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah,

Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku...

Jika aku keluar, seluruh tubuhku mesti ditutup

Dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Tapi... realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... mengapa kau biarkan aku begini?!

Adam...

Marahkah kau jika kukatakan ; andainya Hawa terpesong,

Maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM?

Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat,

Mak bapak tak pandai didik...

Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!

Adam, kau selalu kata; Hawa memeng degil!

Tak mahu dengar kata,

Tak mudah makan nasihat,

Kepala batu...!

Adam...

Pada hematku yang dhaif ini; seharusnya kau tanya dirimu...

Apakah didikanmu sama dengan didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?

Adakah ahlak-akhlak Adam boleh dijadikah contoh terhadap Hawa?

Adam...

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,

Dan aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.

Jika kau benar, benarlah aku; jika kau lali, lalailah aku...

Kau punya kelebihan akal, aku punya `kelebihan’ nafsu.

Akalmu 9, nafsumu 1. Aku...akalku 1, nafsuku beribu!!

Dari itu Adam, pimpinlah aku; kerana aku sering lupa dan lalai

Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya...

Bimbinglah aku menyelami kalimah Allah,

Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Tuhan agar ia menerangi hidupku.

Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku...

Agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...

Andai kau masih lalai dengan kerenahmu sendiri,

Masih segan mengikut langkah para sahabat,

Masih gentar mencegah mungkar,

Maka kita tunggu dan lihatlah...

Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah

Malulah engkau, Adam!

Malulah engkau pada dirimu sendiri...

Dan pada Allah Yang Maha Agong itu...

Ikhlas dari temanmu,

Hawa

Comments