CERITA CINTA (1)

Aimy berulang kali melihat jam di tangannya. Dia masih lagi setia menanti waktu Zohor untuk menunaikan solat di dalam surau kecil si kolejnya itu. Pukul 2 nanti, dia masih ada kelas untuk dihadiri. Ah… kadangkala, waktu solat pun masih ada kelas yang perlu dihadiri. Sudahlah pensyarah di sini tidak memberi ruang untuk pelajar Muslim bersolat. Perlahan-lahan, Aimy beristighfar sendirian

“Assalamualaikum…” Pintu terbuka dan seorang gadis melangkah masuk dengan senyuman.

“Dah masuk waktu ke?” soalnya sambil duduk bersimpuh di suatu sudut bersama Al-Quran di tanganny

Aimy hanya menggeleng. Perlahan-lahan diamatinya wajah itu. Gadis itu berbaju kurung dan bertudung litup serta berstoking. Perlahan-lahan gadis itu menanggalkan tudungnya dan digantikan dengan telekung.

Dia tersenyum sedikit sebelum duduk menghadap kiblat dan membaca Al-Quran dengan suara yang agak perlahan. Dalam diam Aimy mengagumi gadis itu.

Sebaik sahaja jam di tangannya menunjukkan jam 1.20 minit petang, Aimy segera berlalu ke tandas untuk mengambil wudhuk kerana tiada tempat mengambil wudhuk disediakan di situ.

Usai solat, Aimy segera berlalu menuju ke kelasnya. Dia masuk dan segera mengambil tempat sebelum pensyarah mereka masuk. Kedengaran gelak tawa dari rakan-rakan sekelasnya di hujung kelas sebelum seorang gadis melangkah masuk dan mengambil tempat di suatu sudut di kelas itu. Dia bersendirian.

Seketika kemudian, pensyarah Ekonomi mereka melangkah masuk. Ms. Wendy tersenyum memandang gadis itu. “New student?” soalnya. Gadis itu tersenyum dan mengangguk.

“My name is Syifa’ Mardhiah bt Amir. I just came in as a new student,” Dia tunduk sedikit sambil tersenyum memandang ke hadapan.

Jadual kelas yang penuh sehingga pukul lima membuatkan Aimy tidak sempat bertegur sapa dengan pelajar baru itu. Tepat sahaja pukul lima, Aimy bercadang untuk menegur pelajar itu. Namun, gadis itu tidak pulang bersama-sama mereka.

Aimy terus menaiki bas yang disediakan untuk pulang ke kediaman yang dihuni bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Sebaik sahaja tiba di rumah, rakan-rakan serumahnya agak terkejut melihat pintu pagar ternganga luas.

“Is there anyone who broke in into our house?” Sally, seorang rakannya yang berbangsa Tionghua bertanya. Masing-masing ketawa dan melangkah masuk.

“Here they are. Girls, this is your new housemate, Syifa’. Syifa’, these are your housemates. Sally, Wei Lin, Erika, Naili dan Aimy…” Mereka berbalas senyuman sambil bersalaman.

“Aimy, Syifa’ ni roommate awak…” Mr. Lim memberitahu. Aimy segera mengangguk. Syifa’ memnta diri untuk keluar bersama keluarganya dan akan kembali semula pada esok hari memandangkan esok merupakan Hari Wilayah.

********************************************************************************

Aimy hanya diam membisu seribu bahasa melihat Syifa’ berkemas dan menyimpan kesemua barang-barangnya. Gadis itu kelihatan tenang sahaja.

“Dulu sekolah mana?” soal Aimy beramah mesra.

“Sek Men Agama Perempuan Balqis dekat Johor…” Jawab Syifa’ sambil tersenyum.

Mereka terus berbual tentang pengalaman masing-masing sehingga satu soalan terbit dari mulut Aimy. “Syifa… Syifa sendiri tahu kan, selain kita dan Naili, tiga housemate kita yang lain adalah non-muslim. Aimy sebenarnya agak confuselah… Adakah kita kena bertudung di hadapan diorang? Yalah, kitakan serumah… Confirmlah 24/7 kita kena berhadapan dengan diorang…”

“Ehm? Takkan Aimy tak tahu? Bukan dulu Aimy aliran Agama ke?” Syifa bersuara agak nakal sebelum tersengih. Aimy tersenyum.

“Bukan, Aimy bukan tak tahu… tapi Aimy lemah sikit bab-bab khilaf pendapat ni…” Aimy membalas.

“Okey, Syifa terangkan… Ini apa yang abah Syifa bagiahu pada Syifa-lah… Sebenarnya terdapat banyak khilaf pendapat yang wujud mengenai batas aurat muslimah di hadapan wanita non muslim. Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31 Surah Al-Nur. Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan sebenarnya.

Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi. Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang, bukan ketat semestinya, gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya. Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam. Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita. Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun. Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka. Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.

Lebih-lebih lagi di zaman ‘handphone’ berkamera ini, foto mudah dicuri dan disebarkan kepada orang lain. Justeru berhati-hati adalah lebih baik. Namun tak perlu terlalu risau kerana negara kita mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan (maruah) individu. Ikhlaskan niat berhijab semata-mata kerana Allah, insya Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita.

So, conclusionnya… Syifa rasa kita boleh berpakaian mengikut keselesaan kita tapi tetap bersopanlah. Seboleh-bolehnya, elakkanlah berseluar pendek dan berbaju yang terlalu seksi. Okey?” Syifa member penerangan secara panjang lebar.

Aimy mengangguk faham. “Mintak maaflah Syifa… Walaupun Aimy ni dulu pelajar aliran agama… Aimy agak lemah sikit bila sampai bab-bab syariat ni… Tambah-tambah lagi bila masuk kolej swasta ni… Rasa macam nak luruh jantung pun ada jugak tengok kawan-kawan. Tapi, Aimy tak beranilah nak cakap apa… Aimy pun bukannya sempurna sangat…” Aimy tersenyum tawar.

“Tak apa, Aimy… Inilah tarbiah ALLAH untuk kita… Kalau ALLAH tak bagi ujian ni pada kita… Sampai bila-bila pun kita akan rasa terpaksa untuk pakai pakaian yang sempurna dan menutup aurat… Sekurang-kurangnya bila kita sakit mata tengok orang pakai tak berapa ikut peraturan yang sebenar-benarnya, kita dengan sendirinya akan sedar… Insya-ALLAH… semua kejadian yang jadi ni ada hikmahnya yang tersendiri…” Syifa bersuara menamatkan bicaranya malam itu.

“Terima kasih Syifa… Sudi berkongsi ilmu dengan Aimy malam ni…” Aimy membaringkan tubuhnya ke atas katil.

“Kasih diterima, sahabat… Dah, Syifa padamkan lampu, ya…” Dan lampu terpadam sebelum masing-masing melelapkan mata, merehatkan tubuh sebelum kembali melakukan aktiviti mereka seperti biasa pada esok hari.

******************************************************************************

Hari demi hari berlalu. Aimy bersyukur kerana dikurniakan kawan sebaik Syifa’. Kawan yang baik adalah cerminan kepada sahabatnya.

Mereka selalu sahaja saling mengingati, saling memujuk di kala hati terhiris oleh luka duri kehidupan duniawi. Yang mententeramkan jiwa dengan kalimah suci dari Kekasih Yang Hakiki.

Kehidupan perlu diteruskan walau pelbagai ujian datang melanda. Tapi, mereka tetap berpegang teguh pada jalan yang mereka lalui. Ujian adalah tarbiyyah ALLAH untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Ujian menandakan ALLAH ingat pada kita. Dan membuatkan kita kembali pada-Nya.

Berbagai dugaan suka dan duka telah mereka tempuhi bersama. Syifa memang sahabat yang baik. Mereka selalu berkepit seperti belangkas. Mereka adalah pasangan sahabat yang saling melengkapi. Jika Syifa seorang yang lembut dan agak pendiam manakal Aimy pula seorang yang lebih tegas dan ramah. Mereka saling melengkapi sesama sendiri.

Tamat sahaja tempoh persediaan selama dua tahun, masing-masing sudah bersedia untuk memohon ke university yang sama. Ukhwah yang terbina di antara mereka memang sangat rapat. Sehingga tidak mampu dipisahkan lagi.

Keputusan pepriksaan mereka yang cemerlang membolehkan mereka sama-sama menjejakkan kai ke University of Bristol. Walaupun berada dalam couse dan degree yang berbeza, mereka masih kekal menjadi teman sebilik. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Sama-sama saling menguatkan semangat berdiri di Negara orang yang terlalu asing bagi mereka.

******************************************************************************

Aimy dan Syifa’ sama-sama berjalan pulang ke apartment mereka. Sengaja mereka tidak menaiki bas. Menikmati angin sejuk di tengah-tengah musim bunga sambil memuji keindahan ciptaan Ilahi memang hobi mereka berdua.

“Kita ada meeting dengan PPMM malam ni.” Aimy memberitahu. PPMM – Persatuan Pelajar Muslim Malaysia.

“Oh, Syifa terlupa. Thanks sebab ingatkan.” Syifa tersenyum. Aimy membalas.

“So, malam ni, kita tak payah masaklah. Dengar cerita ada jamuan dekat Hall. Kak Yasmin pesan suruh semua Muslimah gi tolong masak. Lepas asar nanti kita gerak. Okay?” Aimy merancang.

“Okay… Syifa’ setuju…” Dan mereka menyambung perjalanan menyusuri taman bunga yang sedang berkembang mekar itu ke apartment mereka.

Usai Asar, mereka bertolak dengan menaiki tiub menuju ke London di mana mereka seharusnya berkumpul. Perjalanan selama 1 jam 45 minit itu diisi dengan membaca. Masing-masing hilang dalam konsentrasi pembacaan masing-masing.

Tepat jam 6 petang, mereka sudah tiba di Malaysian Hall dan mula membantu membuat persiapan. Dari jauh, tiba-tiba Aimy terasa seperti ada orang memrhatinya. Segera dia menoleh. Tiada sesiapa yang kelihatan memandang ke arah mereka. Aimy beristighfar sendiri. Mungkin mainan fikirannya sahaja.

Malam itu, selesai solat Isyak secara berjemaah, mereka menjamu selera sebelum Presiden PPMM naik ke atas pentas memberi ucapan. Dia memberi sokongan yang padu kepada penuntut-penuntut yang baru sahaja melangkah ke bumi UK ini.

“Dan, saya ingin mengumumkan tujuan sebenar perjumpamaan ini diadakan. Memandangkan saya pun bakal menamatkan pengajian bulan depan, saya mahu mengumumkan pengganti yang sudha dipersetujui secara syura oleh high committee. Walapun dia baru sahaja berada dalam tahun kedua, tetapi kami yakin dengan tahap kepemimpinannya. Harap muslimin muslimat sekalian menyokong pemimpin kita yang baru ini. Dengan berbesar hati, saya menjemput Saudari Syaqil Aiman untuk naik ke atas pentas selaku presiden baru kita. Silakan Akhi Syaqil…” Presiden mereka, Akh Fathi bersuara.

Dengan sopan, Syaqil bangun dari tempatnya dan naik ke atas pentas. Dia tunduk sedikit tanda hormat sebelum menghampiri mikrofon. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….” Syaqil memberi salam sebelum memulakan ucapannya dengan doa rabitah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Akh Fathi yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menggangtikan beliau. Saya sedar, saya tidaklah sehebat beliau… beliau jauh lebih hebat dari saya. Tapi saya sedar, tanggungjawab ini sangat besar dan saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin. Harap hadirin dan hadirat memberi sokongan padu kepada saya untuk terus membangunkan agama Islam… Terima kasih… Wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh…”

Masing-masing bertakbir sebanyak tiga kali memberi sokongan. Fathi menepuk perlahan bahu Syaqil memberi semangat. Syaqil mengalih pandangannya pada golongan muslimah yang dipisahkan dengan meja hidangan.

Matanya mencari wajah gadis yang telah mengusik hati lelakinya sejak sekolah menengah dan ALLAH menemukan mereka semula di sini. Di bumi penjajah ini. Dia sendiri tidak dapat menjangka apa yang ditulis oleh ALLAH buat mereka. Dia hanya menyimpan harapan untuk menyunting bunga itu buat dirinya suatu hari nanti. Buat masa ini, dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada pelajaran dan tanggungjawab barunya sebagai presiden PPMM di bumi England ini.

Aimy segera melarikan pandangan apabila matanya dan mata milik presiden baru itu bertembung, mana boleh buat zina mata kat sini… nanti terus jadi zina hati! Dalam diam dia agak terkejut melihat personality berbeza lelaki itu. Syaqil Aiman yang menjadi seniornya tiga tahun dahulu bukan seorang yang islamik. Semuanya dihentam ikut suka hatinya sahaja. Namun, seperti kata Syifa’, manusia sentiasa berubah. Apa salahnya kalau berubah kea rah yang baik. Dan kini lelaki yang dahulunya selalu dikenakan tindakan disiplin dan kini sedang berdiri di hadapan rostrum dan menjadi presiden PPMM di bumi Inggeris ini. Satu perubahan yang memang berputar 720° degree.

Malam itu, mereka bermalam di Malaysian Hall. Mereka telah sama-sama bersetuju untuk mengadakan qiamullail pada malam nanti. Aimy masih lagi tidak lena walaupun dia sudah lama berbaring bersebelahan Syifa yang sudah lama nyenyak di atas tilam yang disediakan di dalam apartment itu.

Aimy masih lagi memikirkan tentang apa yang telah berlaku di sekelilingnya. Mentality yang berlainan. Benarkah kalau seseorang itu Islamik, hanya perlu menjadi ustaz? Ustazah? Lecturer? Guru? Doktor? Peguam Syariah? Dan Pegawai Agama semata-mata? Adakah dengan menjadi seorang Ekonomist, Akauntan, Engineer, Arkitek, Pengurus Syarikat malah menjadi seorang Kerani sekalipun tidak memerlukan kita menjadi Islamik? Bukankah Islam is the way of life?

Seringkali apabila seseorang itu dikatakan kuat agamanya perlu mengambil bidang Usuluddin, Medic dan Syariah semata-mata. Habis tu, kalau nak jadi Engineer atau Pakar dalam bidang Ekonomi atau seorang Pengurus Syarikat, maka manusia itu akan terpesong dari aliran Islam? Patutlah orang zaman sekarang mengatakan orang yang mematuhi agama Islam itu kolot.

Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Kak Saadiah, bakal Interior Designer yang berada dalam tahun terakhir itu. “Sebab tulah kita kena buka minda orang Islam. Islam tu sesuai untuk semua orang di mana sahaja kita berada. Bukan untuk mereka-mereka yang berkenaan sahaja. Ilmu ALLAH itu sangat luas bukan dalam hal-hal yang memang tertulis dalam syariat sahaja. Kalau semua orang Islam menjadi Doktor, Pegawai Agama, dan Peguam Syariah, siapa pula yang mahu memajukan Negara? Bukankah Islam itu menyeluruh sifatnya? Dari segi politik, ekonomi dan sosial… Semuanya ada garis yang Islam dah tunjukkan untuk kita ikut. So… sebagai seorang pelajar, belajar, kejar dan cintailah ilmu… Agar Islam maju dari semua sudut barulah Islam akan dipandang tinggi.”

Dan baginya, Islam itu sangat subjektif. Di mana-mana sahaja kita boleh belajar. Asalkan kita mengikut garis panduan yang betul, Insya-ALLAH, ALLAH akan membantu. ALLAH never forget anyone who never forget Him…

******************************************************************************

Hari demi hari berlalu. Musim berganti musim dan akhirnya Syaqil tiba ke tahun akhir pengajiannya. Setiap hari, harinya dipenuhi oleh jadual yang penuh. Kuliah, tazkirah, perjumpaan, talk dan seribu satu lagi aktiviti memenuhi jadual hariannya.

Namun, Syaqil sangat mensyukuri masa sibuknya itu kerana dia tahu ALLAH sedang melindunginya dari melakukan pekerjaan yang sia-sia.

Syaqil duduk bersandar sambil mengadah langit. Mulutnya tidak henti-henti mengalunkan Suratul Al-Kahfi yang dihafalnya sejak sekolah menengah dahulu. Sedang dia hilang dalam dunia ciptaannya sendiri, bahunya ditepuk.

“Syaq… Apa kau buat duduk merenung langit ni?” Luqman bertanya lalu mengambil tempat di sisi pemuda itu.

“Saja, tasmi’ diri sendiri. Tenangkan fikiran sekejap. Muhasabah diri…” Syaqil menjawab. Luqman tersenyum. Dalam diam dia mengagumi presidennya itu. Walaupun sejarah hidupnya dahulu jahiliah namun, dia telah berubah dan berjaya mencapai ke tahap ini.

“Bulan depan, aku akad..” Luqman memulakan bicaranya.

“Alhamdulillah… Dengan siapa?” Soal Syaqil ingin tahu.

“Dengan calon pilihan mama. Dia dulu student mama aku dekat secondary. Sekarang kalau aku tak silap, tengah buat TESL dekat New Zealand.” Luqman bercerita.

“Bila kau bertunang?” soal Syaqil berminat.

“Minggu lepas. Dia pun grad bulan ni jugak. Sama dengan kita. Kau bila lagi, Syaq? Aku tahu kau ni cukup semua… Kau tak nak cuba cari ke? Aku boleh tolong?” Luqman menawarkan dirinya.

Ibu dan ayah Syaqil bukanlah seperti ibu bapa mereka di dalam PPMM itu. Walaupun dia bergelar presiden dan characternya cukup sempurna dan dikagumi, selalu sahaja Luqman melihat sahabatnya yang satu itu berdoa sambil menitiskan air mata meminta ALLAH membuka pintu hati ibu dan ayahnya. Keluarga Syaqil memang tersasar jauh dari jalan yang benar.

“Tak payahlah… Aku malas nak bercintan-cintun ni. Aku nak selesaikan masalah family aku dulu.” Syaqil berbicara.

“Syaq, aku doakan yang terbaik untuk kau. Nanti, jangan lupa datang majlis akad dan walimah aku. Aku masuk dulu. Kau pun jangan lama-lama sangat dekat luar ni…” Luqman melangkah masuk meninggalkan Syaqil bersendirian di stu.

******************************************************************************

Syaqil menolak troli bagasinya keluar dari dewan ketibaan menuju ke ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Cermin mata hitam dikeluarkan dari kocek dan disarungkan ke matanya.

“Assalamualaikum, Along!” Seorang gadis memeluknya dari belakang. Syaqil segera berpaling.

“Adik?” Syaqil menyoal tidak percaya. Adiknya itu sudah bertudung!

“Along belum jawab salam adik tadi…” Syaqila merengek.

“Waalaikumussalam. Maaf dik. Along kaget tadi…” Syaqil merendahkan tubuhnya memandang telus wajah adik bongsunya yang berusia 15 tahun itu.

“Jomlah kita balik. Ibu dengan ayah tak dapat datang. Adik datang dengan Angah dan Kakak. Tapi, tak ada parking pulak. Adik ajelah yang masuk cari Along.” Syaqila menarik tangan Alongnya menuju ke luar bangunan airport itu.

Mereka sama-sama melangkah ke tempat menanti penumpang. Syaqila langsung tidak melepaskan pautan pada lengan Syaqil yang sedang menolak troli bagasinya.

“Along!” Seorang lelaki melambai ke arah mereka. Syaqil dan Syaqila segera menghampiri.

Syafiq dan Syaqil segera berpelukan. Lama mereka sama-sama membuang rasa rindu. Syaqil dan Syafiq akhirnya sama-sama merenggangkan pelukan. Kedua-dua adik perempuan mereka sedang sibuk memasukkan beg-beg yang dibawa pulang oleh Along mereka ke dalam kereta.

“Kakak?” Syaqil menegur. Syafiqah segera memeluk tubuh abang sulungnya itu. Syaqil tersenyum. Perlahan-lahan dia menggosok kepala adiknya.

“Bagi Along drivelah…” Tawar Syaqil.

“Eh, tak payahlah… Along kan baru aje sampai. Biar Angah yang drive.” Syafiq mengambil tempat di seat pemandu. Syaqil di sebelahnya manakala Syaqila dan Syafiqah sama-sama masuk ke tempat duduk belakang kereta Proton Perdana itu.

“Macam mana kolej? Okey?” Syaqil memulakan bicara bertanyakan khabar adik-adiknya. Hatinya tidak berhenti-henti mengucapkan syukur melihat kesemua adik-adiknya telah berubah.

“Okey. Semuanya baik-baik je…” Syafiq menjawab. Kedua-dua adik kembarnya itu sedang menjalani persediaan sebelum mereka pula akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

“Along tahu tak, ibu dengan ayah dah setuju untuk nikahkan Kakak sebelum dia fly tahun depan. Ayah kata kalau ada Angah sama-sama dekat Canada tu tak apalah… Tapi, Angah pulak pergi German.” Becok mulut Syaqila bersuara.

“Iya? Dengan siapa? Zack?” soal Syaqil mengusik. Syafiqah hanay tersenyum.

“Nanti kita balik tengok…” ujar Syafiq menjawab bagi pihak adik kembarnya itu.

Perjalanan mereka yang mengambil masa selam dua jam itu diisi dengan perbualan tentang perjalanan hidup mereka sepanjang ketiadaan Syaqil di bumi Malaysia.

******************************************************************************

“Assalamualaikum!” Syaqila bersuara dari luar.

“Waalaikumussalam… Eh, dah sampai pun anak-anak ayah… Mari masuk. Mana Along?” soal En. Taufiq.

“Ada kat luar tu yah. Angkat barang rasanya. Adik nak pergi panggil ibu kejap. Ibu!” Syaqila menghilangkan diri ke dapur.

Syaqil melangkah masuk ke dalam rumah. Kali ini, rumah besar itu terasa lain benar tenangnya. Syaqil segera menyalami ayah dan ibunya dan saling berpelukan menghilangkan rindu.

“Malam ni, ayah buat kenduri kesyukuran sikit. Sebab tulah ayah tak sempat nak pergi ambil Along…” En. Taufiq memberitahu.

“Ayah ni susah-susah je…” Syaqil mengambil tempat di sofa. Syaqila segera duduk bersebelahan abangnya.

“Tak ada susahnya. Ayah jemput family terdekat ja.” En. Taufiq tersenyum.

“Angah, pergi keluar beli gas?” pinta Pn. Sharifah yang baru keluar dari pintu dapur. Syafiq segera bangkit mencapai kunci keretanya yang disangkut di pintu. Syafiqah dan Syaqil yang faham dengan renungan ayah mereka segera bangkit mengekori Syafiq.

“Ayah dengan ibu ada hal sikit nak cakap dengan Along…” Pn. Sharifah memulakan bicara sambil mengambil tempat di sebelah suaminya.

“Along pun dah tengok sendiri kan macam mana family kita berubah?” Syaqil mengangguk.

“Sebenarnya, haritu ada kawan ayah yang sama-sama satu university dulu ajak ayah pergi makan-makan dekat rumah dia. Rupanya-rupanya, dia adakan majlis kesyukuran untuk syarikat dia yang dah bukak cawangan baru.

Kata-kata dia waktu tu banyak menyedarkan ayah dan ibu. Time tu kami tahu yang family kita ni dah jauh terpesong. Ayah dulu selalu cakap macam-macam pada Along bila Along start berubah. Ayah cakap Along berubah sebab orang bukan sebab diri sendiri. Tapi, sekarang ayah sedar, kalau bukan sebab orang lain, mungkin sampai sekarang kita masih macam dulu lagi…” En. Taufiq membuka cerita.

“Ayah…” Syaqil tidak mampu menyambung bicaranya. Air mata kesyukuran mengalir di pipinya.

En. Taufiq segera memeluk anak sulungnya itu. Pn. Sharifah hanya memandang dengan mata yang berkaca.

“Ayah tahu anak ayah sangat hebat. Takkan ayah nak terus macam dulu. Ayah selalu buat tak tahu je bila Along ajak ayah berubah. Bila Along tegur ayah. Tapi sekarang ayah rasa berdosa sangat. Nasib baik ayah tak terlambat. Macam mana Along tak mahu kami kecewa dengan Along, macam tu jugaklah ayah dengan ibu tak mahu Along sedih dengan kami. Takkan ayah nak teruskan macam dulu bila anak ayah adalah Presiden PPMM yang disegani di bumi orang. Sebab tu ayah berubah.

Terima kasih banyak-banyak pada Uncle Kamal anak-beranak. Dia yang bawa kami kembali ke pangkal jalan. Dia hantar anak-anak dia ke sini untuk ajar adik-adik kamu mengaji. Ayah dengan ibu pun selalu pergi rumah Uncle Kamal kamu tu belajar apa yang patut. Insya-ALLAH, tahun depan, ayah naik haji…” En. Taufiq bercerita lagi.

“Sampai ayah tak tau nak balas macam mana…” En. Taufiq memandang wajah isterinya.

Syaqil diam menanti bicara ayah yang seterusnya.

“Jadi, kalau boleh, ayah dan ibu teringin nak jodohkan Along dengan anak dia… Itu pun kalau Along setujulah…” Pn. Sharifah pula memberitahu perancangan mereka. Zapp! Kata-kata itu terus menusuk ke jantungnya.

“Tapi, kalau Along dah ada calon, tak apalah… Ibu dengan ayah cadangkan aje…” En. Taufiq bersuara sambil tersenyum.

“Eh, tak adalah. Along tak ada calon pun…” Syaqil pantas menggeleng.

“Along fikir-fikirkanlah. Malam ni, family Uncle Kamal datang. Kalau Along rasa berkenan, ayah dengan ibu tak ada masalah…” Pn. Sharifah tersenyum memberi semangat.

Syaqil hanya mengangguk sebelum meminta diri naik ke biliknya.

******************************************************************************

Malam itu, selesai sahaja solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Syaqil di tengah-tengah rumah besar itu, mereka sama-sama menjamu selera. Kesemua adik-beradik yang tinggal berdekatan hadir bersama bagi memeriahkan kenduri kesyukuran tersebut.

Sayqil membawa pinggannya ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah Syafiq. “Along, ini bakal abang ipar kakak, Fathi Ikhwan. Abang Iwan, ini abang sulung saya, Syaqil Aiman.” Penuh hormat Syafiq memperkenalkan kedua-duanya.

“Akh Fathi?” Syaqil agak terkejut. Fathi hanya tersenyum.

“Sebenarnya ana dah lama tahu fasal family anta. Sebab tu ana suarakan pada ayah ana untuk membantu. Dan Alhamdulillah, ALLAH permudahkan jalan untuk kebaikan.” Fathi bersuara.

“Jazakallah, ya akh…” Syaqil bersuara perlahan. Rasa terima kasihnya tidak mampu diucapkan dengan perkataan.

“Mari ana perkenalkan dengan bakal adik ipar anta.” Fathi melambai pada seorang pemuda berbaju biru yang sedang berbual dengan En. Taufiq. Pemuda itu tersenyum dan menghampiri mereka.

“Inilah bakal adik ipar anta, Syaqil. Asyraf, ini abang sulung Syafiqah.” Mereka bersalaman dan bertukar senyuman.

“Asyraf ni sedang buat degree di Canada. Sebab itulah abah mencadangkan agar adik anta dijodohkan dengan dia.” Asyraf mengambil tempat di sebelah Syafiq dan mereka mula berbual.

“Along,” En. Taufiq menepuk bahu anak sulungnya itu. Syaqil segera menoleh.

“Ada apa ayah?” soalnya hormat.

“Jom kita ke depan. Ayah nak perkenalkan Along pada seseorang…” ajak En. Taufiq. Serentak dengan itu, Asyraf, Syafiq dan Fathi turut sama bangkit.

Memandangkan jemputan mereka tidaklah begitu ramai, maka senanglah bagi kedua-dua keluarga itu berkenalan. Syaqil mengambil tempat bersebelahan Syafiq dan Asyraf. Fathi duduk bersebelahan abahnya.

Di hadapan mereka, kelihatan Pn. Sharifah, Pn. Sakinah, Syafiqah, Syaqila, dan dua orang gadis yang merupakan adik-adik Fathi. Kelihatan juga isteri Fathi bersama anak kecilnya di situ melindungi seorang gadis yang begitu manis berniqab.

“Sebenarnya Syaqil, anak gadis uncle ni tak berniqab pun. Cuma untuk majlis taaruf hari ni, dia berniqab.” En. Kamal memulakan bicara.

“Achik, ke hadapan, nak…” Isteri Fathi, Mawaddah memberi laluan.

Gadis itu masih setia tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan tangannya menanggalkan niqab yang menutupi separuh wajahnya itu. Syaqil terkejut. Namun, dia cepat melindunginya dengan istighfar. Syifa’?

Masing-masing hanya melihat. Fathi merenung dalam wajah Syaqil. Dia perasan riak wajah Syaqil yang berubah walaupun hanya beberapa saat.

Setelah selesai sesi taaruf, semua tetamu beransur pulang. Fathi menggenggam erat tangan Syaqil. Dia menyuakan sesuatu pada pemuda itu. “Ini alamat ana. Datanglah bila-bila ada masa free…”

“Insya-ALLAH…” Hanya sepatah yang mampu diucapkan oleh Syaqil. Dia hanya memandang mereka berlalu dari situ.

Comments