CERITA CINTA (2)

“Assalamualaikum, Syifa?” Kedengaran Aimy bersuara di talian.

“Waalaikumussalam…” Dan tangisan Syifa terus berlagu.

“Syifa? Kenapa ni? Ada masalah ke?” Kalut Aimy bertanya. Syifa tidak pernah menangis begini. Syifa yang dikenalinya sangat kuat. Tidak pernah mengalirkan air mata selain pada ALLAH.

“Syifa rasa bersalah sangat pada Aimy…” Syifa menangis lagi.

“Apa ni Syifa? Kenapa ni? cuba cerita pelan-pelan dengan Aimy?” Aimy kalut. Kalaulah dia punya sayap, mahu sahaja dia terbang ke Pulau Pinang sekarang.

“Syifa dah bertaaruf dengan bakal suami Syifa’, Aimy… Lepas habis belajar nanti, kami akan bertunang dan terus kahwin.” Syifa memberitahu.

Aimy tergelak. “Lah, comel betullah Syifa’ ni. Ingatkan apa tadi. Makruk alaik, ya sadiqati. Tahun depanlah kan? Alhamdulillah. Siapa jejaka bertuah tu?” Ingatkan apalah tadi.

“Ya, tapi Syifa bersalah dengan Aimy..” Syifa masih lagi menangis.

“Kenapa, Syifa? Kenapa perlu rasa bersalah dengan Aimy? Aimy tak kecik hati pun? Malah Aimy seronok sangat sebab kawan baik Aimy dah dapat jodoh dia. Pasti jodoh yang baik, kan? Kan Syifa selalu sebut, jodoh yang dipilih oleh ibu bapa adalah yang terbaik untuk kita?” Aimy memujuk.

Syifa diam. Bagaimana harus dia memberitahu sebabnya? Sungguh, sebenarnya hanya dia dan Afiq, sahabat Syaqil sejak sekolah rendah yang mengetahui rahsia hati yang lama tersimpan di dalam hati jejaka itu. Dia tahu kerana Afiq memberitahunya supaya menyampaikan berita itu pada Aimy.

“Syifa?” Kedengaran suara Aimy di hujung talian.

“Aimy, Syifa mintak maaf. Syifa call balik nanti ya? Assalamualaikum.” Tanpa menunggu salamnya bersambut, Syifa mematikan talian.

Aimy agak terkejut. Dia menjawab salam sebelum membaringkan tubuhnya semula ke atas katil. Dalam memikirkan kemungkinan masalah Syifa, Aimy akhirnya terlena.

Syifa duduk memeluk lututnya sambil bersandar pada kepala katil. Air matanya dibiarkan mengalir laju ke pipinya. Perlahan-lahan ingatannya terimbau pada kenangan lalu. Seminggu sebelum batch Amirul Mukminin – batch setahun awal daripada batch mereka (Iskandariah) pulang ke Malaysia tempoh hari.

“Syifa, Y!M berkedip.” Aimy bersuara dari katil. Syfa tergelak sebelum dia bangkit menuju ke meja studynya. Dia duduk berhadapan dengan lappy nya.

Salam alaik. Asif wahai saudara sepupuku. Boleh kita jumpa?

Salam alaik. Jumpa? When? Why?

Ada hal yang perlu kita bincangkan. Di Moss Park Green House? Ba’da Asr. Bawak teman yang bukan Aimy?

Pelik sekali pintamu wahai akh. Baiklah. Akan ana turutkan.

Jazakillah ya ukhti. Wassalamualaik.

Barakallah. Waalaik.

Petang itu, Syifa mengajak Nisya, sahabat sekursusnya menemaninya ke Moss Park Green House yang terletak di sekitar tempat mereka beriadah.

Afiq sudah sedia menanti dan duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan di situ. syifa segera menghampiri. Mereka duduk di kerusi yang berdekatan. Nisya yang sedia maklum hanya tersenyum dan duduk di kerusi berdekatan.

“Ada apa sampai tidak membenarkan Syifa ajak Aimy temankan?” Syifa terus terang bertanya.

“Ini hal berkaitan Aimy.” Afiq memberitahu.

“Kenapa? Ada orang mahu melamar dia?”

“Yes. Syifa kenal pada Syaqil?”

“Mestilah kenal. Tuan Presiden merangkap kawan baik akh Afiq. Kenapa? Dia yang mahu melamar sahabat Syifa?” Terselit rasa terkejut di situ.

“Lebih kurang begitulah. Tetapi, ada yang perlu diceritakan panjang lebar. Sebab iu akh ajak berjumpa.”

“Shoot?”

“Actually, Tuan Presiden yang kita kenali sekarang is not like this. He is not stok budak surau macam sekarang. Sampai boleh berabuk ja baca ayat-ayat Al-Quran.” Muqaddimah.

“Jahiliyyah?”

“Quite bad. Tapi, ada orang yang sedarkan dia. From far away. Pandang pertama? Lebih kurang mcam tulah.”

“Sejak bila?”

“Sejak form 4. Budak tu satu sekolah dengan dia. Orangnya kawan baik Syifa itulah.”

“No kidding?” Agak terkejut.

“Nope.” Menggeleng.

“Masya-ALLAH…” Syifa tersenyum kecil.

“Hidayah ALLAH, dik. Well, and for your information. Akh adalah bagi hint sikit-sikit fasal tu dengan dia. Tapi, dia macam belum bersedia nak bagi tahu lagi. Mungkin masa belum tiba. Can you book her for him?” Terus-terang Afiq bertanya.

“Insya-ALLAH.” Masih belum cair senyuman di bibir Syifa. Malah semakin berbunga.

“Alhamdulillah. Nah, ambil ni. Beri pada Aimy. Suruh dia simpan. Kalau dia tak mahu terima, suruh dia buang…” Afiq menghulurkan sekuntum bunga lily plastik berwarna oren pada Syifa.

“Insya-ALLAH."

Tanpa mengetahui pengirimnya, bunga itu masih kekal dalam simpanan Aimy sebagai tanda penerimaannya. Kata-kata Aimy semakin mengasak kepalanya.

“Aimy terima?” Syifa bertanya.

“Yes. Aimy yakin dengan Syifa. Syifa sahabat yang baik. Aimy yakin Syifa tak akan sekali-kali memberi sesuatu yang boleh menghancurkan Aimy. Terima kasih Syifa.” Yakin sekali Aimy bersuara dengan senyuman.

Aimy benar-benar yakin dengannya. Bagaimanakah harus dia memberitahu Aimy bahawa lelaki yang memberi bunga itu akan menjadi suaminya dalam tempoh setahun lagi? Adakah patut dia memberitahu atau hanya sekadar menyimpan rahsia itu. Aimy hanya memerhati bunga itu sedetik setiap malam. Bunga itu diletakkan di tepi katilnya, tempat yang agak tersorok. Mengelakkan zina hati katanya.

Setiap kali teringatkan hal itu, Syifa menangis lagi. Ya ALLAH, bagaimana harus ku khabarkan pada sahabatku yang seorang itu bahawa bunga miliknya itu adalah milik bakal suamiku?

Akhirnya Syifa bangkit menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk dan bersolat. Dia menangis pada ALLAH. Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati kita akan menjadi tenang.

******************************************************************************

“Syifa, kenapa ni? Aimy tengok sejak balik bercuti ni, Syifa asyik termenung ja? Syifa ada apa-apa masalah yang boleh Aimy bantu?” Lembut dia bertanya. Syifa menggeleng.

“Syifa tak setuju nak kahwin ya?” Nisya pula mengusik. Aimy tersenyum.

“Bukan fasal suami…” Syifa memberitahu.

“Habis tu?” Serentak Aimy dan Nisya bertanya.

“Fasal final. Paper statistic Syifa macam nak flunk aje. Syifa tengah fikir macam mana Syifa nak make up balik.” Syifa berhelah menutup rahsia hatinya. Bukan bertujuan menipu tetapi tidak mahu menyusahkan hati sahabat-sahabatnya.

“Hah, nanti Nisya boleh mintak tolong Ika suruh dia bantu Syifa. Boleh? Dah, jangan sedih-sedih lagi? Risau kami tengok.” Nisya menawarkan bantuan.

“Thanks, dear.”

“No big deal. Kita kan kawan. Kena saling membantu, kan sikap mahmudah tu? Boleh dapat pahala lebih.” Mereka tertawa.

******************************************************************************

Sehingga hari ini, Syifa masih belum memberitahu perkara yang sebenarnya pada Aimy. Sungguh, bukan dia mahu menutup cerita, tetapi dia tidak tahu bagamana mahu memulakannya. Tapi hari ini, dia sudah bertekad. Apa yang terjadi, dia mahu menyampaikan berita itu pada Aimy. Dia nekad. Biarlah apa pun yang terjadi. Dia tidak sanggup lagi menanggung beban ini.

“Ada apa lagi, Syifa? Hari nikan Syifa nak nikah?” Aimy duduk di sisi Syifa yang sudah berhias cantik itu.

“Syifa ada sesuatu yang perlu Syifa beri pada Aimy."

“Apa?”

“Ini bakal suami Syifa…” Sekeping foto diserahkan pada Aimy.

“Kan Aimy dah cakap. Aimy tak nak tengok foto. Aimy nak terus tengok orangnya.”

“Please, Aimy. Just once. Tengok…”

Aimy menurut. Dia diam seketika. Namun, pantas sahaja senyumannya mekar kembali.

“Mabruk alaik, Syifa. Bukan calang-calang orang yang jadi pendamping Syifa ni…”

“Aimy, ada benda lain yang perlu Aimy tahu.”

“Apa, Syifa? Cakaplah.”

“Sebenarnya, dia orang yang sama yang beri bunga lily tu pada Aimy. Syifa minta maaf, Aimy. Syifa nak bagitau. Tapi, Syifa takut. Syifa tak sanggup tengok kawan baik Syifa sedih, kecewa. Jadi, Syifa diamkan aja. Tapi, hari ni, Syifa dah tak sanggup lagi nak simpan rahsia ni, Aimy. Syifa rasa berdosa sangat dengan Aimy…” Aimy spontan memeluk sahabatnya itu.

“Syifa, Syifa tak salah. Tapi, Syifa sepatutnya bagitahu Aimy lebih awal. Tak adalah Syifa sakit tanggung benda ni sorang-sorang. Tak perlu rasa berdosa, Syifa. Aimy yang bersalah sebenarnya. Buat Syifa rasa bersalah. Dah, jangan sedih-sedih. Aimy yakin, Syaqil terima Syifa dengan ikhlas. Hmm? Dah tak mau nangis-nangis macam ni. Nanti orang cakap kawan Aimy kena kahwin paksa pulak.”

“Terima kasih, Aimy.”

“Sama-sama, Syifa.”

“Syifa mintak maaf, ya?”

“Tak payah mintak maaf… Dah-dah. Nanti hilang seri pengantin.” Mereka berbalas senyum sambil berpelukan.

******************************************************************************

Afiq diam membatu di tempatnya. Fathi duduk bersandar tenang berhadapan dengan Syaqil. Fathi memandang kedua-duanya yang masih membisu sedari tadi.

“Cakaplah antuma…” Fathi menyuruh.

Syaqil memandang Afiq. Majlis perkahwinannya akan berlangsung petang ini dan mereka masih menunggu di sini sementara menunggu pukul 3.00 petang. Fathi sendiri menawarkan rumahnya untuk rombongan pengantin lelaki dari bahagian Seberang Perai Selatan itu.

Syaqil dan Afiq pula masih diam membisu sambil berpandangan sesama sendiri. “Sebenarnya akh… Dah lama ana nak cakap dengan anta. Tapi, ana sengaja rahsiakan benda ni. tapi makin lama ana simpan, makin ana rasa berdosa pada Syifa. Jadi, ana nak tanya pendapat anta…” Syaqil bersuara.

“Ceritalah. Kalau ana boleh tolong, Insya-ALLAH, ana tolong.”

“Sebenarnya ana dulu jahil. Ana ada masalah aqidah. Anta pun tahu kan. Tapi, anta tak tahu sebab apa ana berubah. Ya akh, ana berubah kerana seorang gadis. Mulanya anta berubah supaya dia nampak ana. Supaya dia detect ana. Tapi, sampai ana habis SPM, dia tak detect ana pun. Lepas habis SPM, anta hampir berubah macam dulu balik. Tapi… sekali lagi ana jumpa dia waktu ana nak pergi ambil sijil ana dekat sekolah. Ana tolong dia sebab dia pengsan. Waktu ana balik, ana rasa ana berdosa sangat sebab berubah kerana manusia.

Ana jumpa dengan seorang ustaz, ceritakan masalah ana dan ana tanya dia betul-betul. Kata Ustaz Solahuddin, ‘ALLAH beri hidayah pada hamba-Nya dengan berbagai cara. Ikhlaskan hati kita kerana ALLAH. Insya-ALLAH, ibadah kita tak sia-sia. Jangan buat sebab gadis tu sahaja. Tak dapat apa pun…’ Sejak hari itu, ana bertekad dalam hati, ana nak mendalami agama. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Dan ana juga janji dengan diri ana sendiri, satu hari nanti, ana akan ambil dia jadi isteri ana sebaik sahaja ana tamat pengajian.

Tapi, ana tak sangka pun perkara ni yang akan berlaku. Ana tak tahu apa patut ana buat, ana rasa bersalah sebab ana dah terjatuh hati pada orang lain sebelum isteri ana sendiri. Walaupun ana tak bercinta secara khusus, Afiq dah serahkan sekuntum bunga yang ana simpan sejak ana berubah dulu pada dia. Bunga lily tu ana beli sebab ana tau dia suka lily. Ana nak bagi pada dia sekiranya ana berkahwin dengan dia nanti. Tapi, ana tak tahu Afiq serahkan bunga itu melalui Syifa.

Dan sebenarnya…” Kata-kata Syaqil mati di situ. Dia terkejut memandang seorang gadis berbaju kurung berdiri di hadapan mereka dengan dulang hantaran berisi sejadah dan telekung yang sudah cantik digubah.

“Asif, saya menganggu. Saya dah dengar semuanya. Saya dah tahu, Syaqil. Orang tu saya, kan? Tapi, saya tak boleh terima awak. Ini, awak ambillah semula. Saya tak mau simpan lagi. Serahkan cinta awak sepenuhnya pada Syifa Mardhiah. Janji dengan saya yang awak tak akan sia-siakan dia. Saya ada hidup saya sendiri. Saya pergi dulu. Assalamualaikum…” Aimy berlalu keluar setelah meninggalkan bunga lily itu di atas meja. Afiq dan Syaqil sama-sama beku di kerusi.

“Syaqil, cinta tak salah. Memuja cinta yang salah. Manusia memang fitrahnya tertarik dengan yang berlawan jantina. Sekarang, semuanya dah selesai. Aimy sendiri dan memberi kata putus. Anta tak perlu rasa bersalah pada sesiapa lagi. Syifa sendiri pun tahu, kan? Jadi, anta selesaikan cara baik nanti dengan Syifa. Adik ana tu hatinya lembut. Insya-ALLAH, semuanya akn berjalan lancar semula. Perkara yang baik, ALLAH akan permudahkan. Kita hanya mamau merancang, ALLAH yang menentukan. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Perancang. Insya-ALLAH. Dah, siap cepat. Lagi 15 minit kita bertolak.” Fathi memberi arahan sebelum bangkit dari duduknya.

******************************************************************************

“Aku terima nikahnya Syifa Mardhiah bt Amir dengan mas kahwinnya RM80 tunai.” Dengan sekali lafaz, Syifa dan Syaqil akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri.

Malam itu, Syaqil mengajak Syifa duduk di beranda berdua. Syifa berdiri menghadap langit sambil tangannya memgang pagar besi yang menjadi tembok di balkoni bilik mereka di tingkat atas rumah keluarga Syifa itu.

Syaqil muncul dari pintu dan berdiri di sebelah isterinya.

“Abang nak cakap sikit dengan Syifa.”

“Syifa tahu. Along dah bagi hint tadi. Fasal Aimy, kan?”

“Ya. Syifa dah tahu semua ke?”

“Dah. Akh Afiq ceritakan dulu. Bertuah Aimy. Dia dah jadi sebab abang berubah jadi yang lebih baik. Dan dia juga dah temukan kita jadi suami isteri.”

“Hah?” Syaqil mengerut dahi. Tidak memahami maksud isterinya itu.

“Yalah. Kalau abang tak jadi baik sebab Aimy, mesti abah pun tak calonkan abang sebagai suami kepada satu-satunya anak perempuan dia ni. Jadi, kita kena berterima kasih pada dia, ya bang?” Syifa senyum sambil mencuit hidung suaminya.

“Pandai isteri abang ni. Tapi, Syifa jangan susah hati. Abang janji, abang tak akan sia-siakan Syifa. Abang akan jaga Syifa sampai akhir hayat. Insya-ALLAH. Terima kasih sebab sudi terima abang seadanya.”

“Abang pun…” Syaqil memeluk pinggang isterinya. Mereka sama-sama menghayati keindahan malam sambil bergurau senda. Apabila dua hati bertemu atas matlamat kerana ALLAH, maka itulah yang dinamakan kebahagiaan.

******************************************************************************

“Assalamualaikum, Aimy?”

“Waalaikumussalam. Ibu? Apa khabar, bu?”

“Khabar baik, sayang. Ibu dengan ayah sihat-sihat ja kat sini. Aimy apa khabar?”

“Alhamdulillah, bu. Sekarang ni biasalah, sibuk dengan kerja. Tak akan habislah hujung-hujung tahun ni, bu. Semua orang nak tutup akaun."

“Sebenarnya ada benda yang ibu nak cakap dengan Aimy ni…”

“Apa, bu?” Aimy mencapai mugnya dan dibawa ke ruang tamu.

“Ada orang bertanyakan Aimy. Ibu dengan ayah belum bagi apa-apa jawapan. Mana tau kalau-kalau Aimy dah ada pilihan sendiri."

Jeda seketika.

“Ayah kata apa?”

“Ayah kata ikut Aimylah.”

“Apa pulak ikut Aimy, bu. Aimy kan anak ibu dengan ayah. Orangnya macam mana, bu?”

“Orangnya elok. Apa budak-budak sekarang dok sebut tu? Hensem? Hah, hensemlah. Perangai pun ibu tengok elok ja. Sejuk hati ibu dengan ayah ni nengok.”

“Kalau ibu dengan ayah rasa sesuai dengan Aimy, Aimy ikut ja. Elok kata ibu dengan ayah, eloklah pada Aimy, bu. Aimy terima ja apa yang ibu dan ayah rasa elok dengan Aimy.”

“Kalau macam tu, nanti ibu bincang dengan ayah semula. Nanti ibu telefon semula. Jaga diri baik-baik ya sayang. Jangan lupa makan. Al-Quran jangan lupa baca. Ubat jangan lupa makan.”

“Ya, ibu. Ibu dengan ayah pun take care tau. Aimy sayang ibu. Kirim salam sayang pada ayah ya, bu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aimy bersandar di sofa. Matanya ditutup rapat. Dia menghabiskan minumannya sebelum menuju ke biliknya semula. Dia berwudhuk dan mula bersolat Isyak. Usai solat Isyak, Aimy berdoa sendiri.

“Ya ALLAH, jika benar dia jodohku, maka Kau mudahkanlah segala urusan. Jika dia bukan jodohku, aku redha dengan takdir-Mu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang. Ameen.”

******************************************************************************

Riuh rendah rumah banglo besar milik keluarga En. Yaakob itu. Hari ini akan diadakan sesi bertaaruf dan terus upacara pertunangan.

Syifa setia menemani sahabatnya itu. Wajah gadis itu berseri-seri. Senyuman juga mekar di wajahnya. Di luar, kedua-dua keluarga sedang membincangkan sesuatu. Peminangan belum dibuat kerana mereka akan memulakan segala-galanya dengan sesi taaruf.

“Adik. Jom keluar.” Kakak Aimy, Aimy Sakinah memanggil.

Aimy melangkah keluar diikuti Syifa. Mereka duduk di ruang tamu. Hanya kedua-dua keluarga terdekat hadir di majlis itu.

“Baiklah. Kita mulakan sesi taaruf?” En. Yaakob bersuara, En. Ghafur segera bersetuju.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Aimy terkejut. Jantungnya seakan berhenti berdetap secara tiba-tiba. Perlahan-lahan wajahnya diangkat.

“Nama saya Amran Haykal bin Ahmad Ghafur.” Ya, dia Amran. Amran yang pernah mengekori Aimy suatu masa dahulu. Yang pernah menyanyikan lagu dengan petikan gitar ketika di zaman sekolah dahulu.

“Nama saya Aimy Sofea bt Yaakob.” Bergetar suara Aimy. Syifa yang baru tersedar situasi itu segera menggenggam erat tangan sahabatnya memberi kekuatan.

Usai sesi taaruf, majlis pertunangan diteruskan seperti biasa. Mereka akan terus menikah dalam tempoh dua minggu iaitu pada Awwal Muharram.

******************************************************************************

Syifa dan Syaqil bersetuju untuk menemani Aimy dan Amran bertemu muka sebelum majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak sampai seminggu lagi.

“Saya mintak maaf Aimy. Saya tak sangka orang yang mama dan abah pinangkan untuk saya itu adalah awak. Saya nak mintak maaf atas semua kesalahan saya dulu. Saya jahil dulu…” Amran bersuara agak perlahan dengan nada kesal.

“Sudahlah Aimy. Dia dah berubah pun. Amran yang bakal jadi suami Aimy ni bukan Amran yang dulu.” Syifa pula memujuk.

“Saya tak marah awak Am. Tapi, saya tak sangka orang yang bakal jadi suami saya adalah awak. Orang yang paling saya benci dulu.” Aimy pula bersuara.

“Awak nak tahu kenapa saya berubah?”

“Kenapa?”

“Sebab tsunami. Waktu tsunami tu, saya bercuti dengan kawan-kawan di Batu Feringghi. Saya hanyut dibawa arus deras tu. Waktu tu, saya takut sangat. Saya berdoa pada ALLAH. Saya minta ALLAH bagi saya satu peluang. Saya tak mahu mati dalam keadaan berdosa. Saya takut sangat waktu tu. Dan sebaik sahaja saya habis berdoa, ombak jadi tenang dan saya dihanyutkan semula ke tepi pantai. Mulai hari tu, saya berjanji untuk berubah.”

Aimy terdiam. Sungguhlah. Doa itu memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberi keberanian kepada orang yang ketakutan.

“Dan awak terus ja setuju dengan pilihan kedua-dua orang tua awak?” Aimy bertanya lagi.

“Itu sebab saya pegang kata-kata awak dulu. Love is like a butterfly, the more you chase it, the further it will run. Just let it fly because it loves it. Who knows when it tired and didn’t realize of your existence, it will stop by in a situation that you wouldn’t tought of. And maybe the butterfly that you are trying to chase is not the one ALLAH provides for you. ALLAH knows well.” Amran mengulang semula kata-kata itu pada Aimy.

“Insya-ALLAH. Moga ALLAH permudahkan…” Dan perbincangan mereka tamat di situ. Kata sepakat sudah dicapai.

Malam itu, Aimy bersendirian di kamarnya. Amran Haykal yang dikenalinya dulu telah berubah. Sungguhlah setiap kejadian itu ada hikmahnya. ALLAH did not promise the way would be easy. But He did promise He with be with us very single step in our life as long as we want to. ALLAH Musta’an.

*****************************************************************************

Amran bersendirian melangkah masuk ke dalam bank. Dia ingin mengeluarkan duit yang bakal digunakan sebagai hantaran pada esok hari. Kad ATMnya pula tidak dapat ditemui.

Dia menulis butir-butir yang diperlukan di dalam borang yang disediakan. Sedang dia asyik menulis, tiga orang lelaki bertopeng melangkah masuk dan mengetuk kepala pengawal keselamatan bank yang sedia berkawal dengan senapang itu membuatkan lelaki itu rebah ke lantai. Dua orang lelaki juga merupakan pengawal keselamatan yang mahu membantu juga dijatuhkan dua lagi lelaki bertopeng itu.

Pegawai bertugas yang mahu menelefon polis ditembak. “Semua meniarap di lantai!” jerit salah seorang lelaki bertopeng itu. Masing-masing menurut demi keselamatan diri. Syaqil yang kebetulan lalu di situ ternampak apa yang terjadi dan segera menghubungi polis. Dia tidk berbuat apa-apa kerana bimbang akan terjadi apa-apa pada mereka di dalam.

Beberapa minit kemudian polis tiba. Polis tiba ketika ketiga-tiga lelaki bertopeng itu sibuk memasukkan wang cash ke dalam beg yang mereka bawa.

“Polis telah mengepung kawasan ini! Menyerah atau kami serang!”

“Macam mana boss?” Tanya salah seorang lelaki bertopeng itu.

“Polis tak akan berani buat apa-apa.” Lelaki yang memgang pistol itu bersuara. Dia menoleh. “Kau, kau, dan kau. Duduk sana.” Dia menunjuk pada Amran, seorang gadis cina dan seorang lagi wanita yang sedang mendukung anak kecil supaya duduk di hujung penjuru bangunan itu.

“Bawa semua costumer keluar. Tinggal officer ja kat sini.” Dia memberi arahan lagi.

Semua pelanggan disuruh keluar kecuali Amran dan dua lagi wanita yang ditunjuk lelaki berpistol sebentar tadi.

“Kami ada tebusan! Polis tak boleh buat apa-apa!” Jerit lelaki berpistol itu.

“Baik. Kami terpaksa guna kekerasan!” Tiga orang pegawai polis masuk menggunakan pintu belakang.

Suasaana sepi seketika. “Boss… macam mana ni?” Tanya lelaki itu lagi.

“Kau diamlah!”

Tiba-tiba kedengaran suara anak kecil menangis. “Apa lagi ni?” soal lelaki berpistol itu kasar.

“Maaf encik. Anak saya tak sihat. Dia sakit. Tolonglah encik. Lepaskanlah saya…” Wanita itu menangis.

“Lepaskanlah dia, encik.” Amran menyampuk.

“Kau diam! Suruh budak tu senyap. Baru aku lepaskan!”

Wanita itu berusaha mententeramkan anak kecilnya. Namun anak kecil itu terus mennagis.

“Suruh dia diamlah, bodoh! Aku kira sampai tiga. Kalau dia tak diam, aku tembak! Satu!” Wanita itu mula cemas. Pelbagai cara dia lakukan namun tangisan anak kecil itu makin deras.

“Encik. Tak baik macam ni! Lepaskan dia.” Lelaki itu melepaskan tembakan ke sisi Amran. Amran terkejut.

“Kau pun diam!” Masing-masing diam kecuali anak kecil itu.

“Dua…” Lelaki itu masih mengira.

“Tolong encik…” Wanita itu merayu sambil memeluk lutut lelaki itu. Ditendangnya wanita itu. Amran bangkit.

“Lepaskan dia!” Amran menyuruh lagi.

“Tiga!”

POM! POM! POM!

Tiga das tembakan kedengaran. Lelaki berpistol itu dan dan seorang lagi rakannya rebah ke lantai. Polis meyerbu masuk. Lelaki ketiga ditumpaskan oleh polis-polis tersebut. Beberapa orang polis lagi melangkah masuk mendapatkan tebusan.

“Encik, tolong encik!” Jeritan seorang wanita menarik perhatian salah seorang pegawai polis.

“Anak puan ditembak?” Soal polis itu apabila melihat baju wanita dan anak kecil itu dibasahi darah.

“Bukan kami, encik. Lelaki itu. Dia yang kena tembak.” Dia menunjuk pada Amran.

“Ya ALLAH!” Dia menghampiri Amran yang bersandar di dinding dengan begitu banyak darah.

“Encik tak apa-apa? Detektif Farhan! Tolong telefonkan ambulans. Ada seorang tebusan ditembak.”

“Bawa dia keluar…” Arah seorang pegawai polis. Dua orang pegawai polis segera menghampiri Amran dan memapahnya keluar. Syaqil segera menghampiri.

“Kenapa ni? Am?” Sebuah ambulans tiba dan Amran dibawa ke hospital.

“Akh, ana tak rasa ana mampu bertahan.” Tersekat-sekat Amran bersuara.

Syaqil hanya menggeleng.

“Kalau apa-apa terjadi pada ana, ana redha sekarang , akh. Ana dapat menikmati manisnya iman walaupun Cuma sementara. Doakan ana tergolong dalam golongan yang diredhai ya akh…” Syaqil hanya mengangguk.

Sepanjang perjalanan, Syaqil hanya memerhati bibir Amran terus menyebut zikrullah. Syaqil juga sama-sama berzikir agar kesakitan yang ditanggung oleh Amran berkurangan.

******************************************************************************

Syifa dan Aimy sama-sama berkejaran ke lobi menunggu. Syaqil sudah sedia berada di situ.

“Abang okey? Ya ALLAH. Pecah jantung Syifa dengar polis tu cakap abang kat hospital tadi. Ingatkan ada apa dah jadi. Am macam mana, bang? Okey?”

“Am masih dalam ICU.” Pendek sahaja jawapan Syaqil. Aimy duduk di tempat menunggu agak jauh dari pasangan itu.

“Syaqil? Macam mana dengan Amran?” Afiq mengambil tempat di sisi Syaqil.

“Aku pun tak tahu, Fiq. Kau datang dengan siapa ni?” soal Syaqil pada sahabatnya itu.

“Dengan adik aku. Dia pergi park kereta.”

“Along. Ni baju. Kak ngah bagi suruh Fiya bagi dekat Along.” Sufiyyah, adik Afiq menghulurkan beg kertas pada Syaqil.

“Terima kasih. Along pergi tukar baju dulu, key?” Syaqil bangkit dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Sufiyyah juga bangkit dan menghampiri Aimy.

“Kak Aimy? Kak Aimy okay?” Sufiyyah memeluk bahu gadis yang tua empat tahun daripadanya itu. Aimy adalah kakak angkatnya merangkap tutornya ketika mereka bersekolah dahulu.

Aimy hanya mengangguk dan tersenyum tawar. Tidak lama kemudian, seluruh keluarga Aimy dan Amran tiba di hospital. Masing-masing hanya menanti dengan penuh harapan. Setiap minit yang berlalu diisi dengan doa. Mereka juga bergilir-gilir membaca Yasin di surau hospital tersebut.

Hampir jam 11 malam, barulah seorang doktor melangkah keluar dari bilik kecemasan itu. “Siapa waris encik Amran Haykal?” Ayah dan ibu Amran segera menghampiri.

“Kami berjaya keluarkan peluru dari badan dia. Tapi… peluru tu sangat dekat dengan jantung dia. Kami dah cuba sedaya-upaya. Tapi, maaf. ALLAH lebih sayangkan Amran.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh doktor itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka di situ.

Pn. Aisyah rebah namun sempat disambut oleh suaminya. Masing-masing terkejut dan sedih mendengar berita tersebut. Masing-masing memandang Aimy. Gadis itu hanya membiarkan air matanya mengalir. Dia hanya sendirian di kerusi ditemani Sufiyyah. Sufiyyah juga hanya mampu menepuk perlahan bahu gadis itu memberi kekuatan dan semangat.

Malam itu mereka sama-sama menuju ke rumah keluarga arwah Amran. Menunggu pagi untuk mengebumikan jenazah.

******************************************************************************

Syifa dan Syaqil duduk di ruang tamu rumah mereka. Masing-masing hanya dia membisu. Majlis perkahwinan di rumah Aimy akan berlangsung pada esok hari, mereka hanya meneruskan majlis tanpa pengantin. Apa lagi yang harus mereka lakukan? Tetamu sudah dijemput, hanya pengantin sahaja yang tidak ada. Jadi, keluarga Aimy mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja kenduri tersebut.

“Abang sayang Syifa tak?”

“Mestilah abang sayang. Syifa kan isteri abang?”

“Betul?”

“Ya, sayang.”

“Syifa nak bukti?”

“Bukti apa? Belah dada? Tak boleh, nanti abang mati katak. X-ray hati? Nampak gall bladder ja nanti.”

“Bukan. Bukti melalu zahir. Perbuatan maksud Syifa.”

“Perbuatan apa lagi ni sayang?”

“Abang jangan nak fikir pelik-pelik pulak. Kalau betul abang sayang Syifa, Syifa nak abang janji dengan Syifa. Abang kena janji. Abang tak boleh mungkir janji. Orang yang mungkir janji dikira munafiq.”

“Mana aci macam tu. Janji kena bagitahu janji apa. Kalau main janji macam ni mana dikira sebagai janji.”

“Okey, okey. Syifa bagitau. Tapi sebelum tu abang kena janji yang abang tak akan marah bila Syifa bagitau nanti."

“Yang tu abang boleh janji.”

“Abang sayang Syifa kan? Abang nak buktikan yang abang sayang Syifa kan?”

“Yelah, yelah. Apa?"

“Abang boleh buat sesuatu untuk Syifa?”

“Buat apa?”

“Kahwin dengan Aimy?”

Syaqil terus bangkit dan meninggalkan Syifa terpinga-pinga di ruang tamu. Syifa hanya memandang. Tidak lama kemdian Syaqil muncul semula dengan wajah yang basah.

“Abang kan dah janji tak marah?”

“Sebab tulah abang pergi berwudhuk. Wudhukkan pereda kemarahan…” Perlahan dan datar sahaja nada suara Syaqil.

“Abang tak setuju?”

“Syifa. Nikah kahwin bukan perkara main-main. Syifa ingat ini permainan pondok-pondok ke boleh kahwin je sesiapa pun?”

“Tapi Aimy bukan sesiapa yang abang maksudkan. Aimy tu kawan baik Syifa. Aimy bidadari abang. Yang bawa abang ke arah kebenaran. Yang sedarkan abang untuk buat kebaikan. Sekurang-kurangnya, abang mula kembali ke pangkal jalan sebab dia. Abang pernah sukakan dia, bukan? Inilah masanya abang ambil balik peluang tu. Sekurang-kurangnya abang membalas budi dengan menggantikan dia seorang suami?”

“Syifa, ini bukan perkara mudah.”

“Syifa boleh pinangkan Aimy untuk abang. Tinggal abang kata setuju aja.”

“Syifa…”

“Abang sayang Syifa kan? Lillahi Taa’la, bang. Tak salah kalau kita membantu sesama saudara? Ubati kesedihan dia abang?”

Jeda agak lama. 5 minit berlalu. 10 minit. 15 minit. 20 minit.

“Ikutlah mana yang baik.”

“Alhamdulillah. Moga ALLAH permudahkan…”

Comments