CERITA CINTA (3)

Syaqil menangis sendirian di dalam kamarnya. Seluruh ahli keluarganya mungkin sahaja sudah tidur. Jam di dinding menunjukkan jam 3.35 minit pagi. Matanya yang tidak mahu terlena sejak semalam dibiarkan sahaja. Sudah dua hari juga dia tidak ke pejabat. Nasib baik jugalah pejabatnya itu milik bapa saudaranya. Jadi, Pengurus Syarikat memahami, COOnya terus bercuti.

Syaqil masih kekal dalam keadaan sujud. Air matanya dibiarkan membasahi sejadah yang dibentangkan di tengah-tengah kamarnya itu. Hatinya tidak putus-putus melafazkan doa.

Sudah dua hari Syifa tidak sedarkan diri dari pembedahan. Begitu juga dengan Aimy. Dia bersyukur kerana bayi mereka selamat. Namun, sesungguhnya, dia lebih risau akan Aimy. Sebelum dia pulang dari hospital sebentar tadi, Syifa sudah berada dalam keadaan stabil. Cuma hanya perlu menunggu masa agar wanita itu sedar semula. Aimy pula masih dalam keadaan kritikal.

Air mata Syaqil terus mengalir. Sebenarnya, air matanya masih belum berhenti mengalir sejak dia keluar dari wad ICU yang menempatkan Aimy sebentar tadi. Segala memori pahit yang pernah ‘dihadiahkan’ pada Aimy suatu masa dahulu terus berlayar di ruang matanya. Dan kini, demi melahirkan zuriat ntuknya, wanita itu sekali lagi terpaksa mengharungi hari-hari yang memedihkan. Begitu banyak yang terpaksa dilalui oleh wanita itu hanya kerana mengenali dirinya. Sedangkan kerana bidadari itu, dia mengerti kemanisan iman.

Ya ALLAH, ampunkan dosaku. Sesungguhnya akulah hamba-Mu yang hina dan tidak sempurna. Begtu besar nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku telah mendustakannya. Sesungguhnya, aku kini redha dengan sehala ketentuan-Mu. Aku berdosa, Ya ALLAH… Ampunkanlah aku kerana aku hamba-Mu yang berdosa, Ya ALLAH. Berikan kekuatan kepada isteriku, Ya ALLAH. Dia telah banyak berjasa padaku dan dia telah melakukan segala-galanya sebagai seorang isteri yang baik. Berilah peluang kepadaku untuk menebus dosa-dosaku padanya, Ya ALLAH…

Syaqil bangkit dari sujudnya. Dia meraup wajahnya dengan telapak tangan dan menyangkut sejadah di tempat yang disediakan. Dia menanggalkan kopiah dari kepalanya dan menuju ke almari pakaian. Sehelai T-shirt yang berlipat dicapainya dan ditukar dengan T-shirt yang sudah sedia dipakainya. Dia juga menyalin kain pelikatnya kepada seluar sebelum duduk melamun seketika di atas katil.

Akhirnya, Syaqil bangkit dan membuka laci meja. Dia mencapai dompet dan kunci kereta dari dalam laci dan melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik ditutupnya perlahan dan Syaqil berlari anak menuruni tangga. Dia mencapai kunci rumah dan mengunci pintu dari luar. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari garaj. Syaqil bersandar seketika di kerusi sebelum terus memandu pergi. Destinasinya? Sudah pastilah Hospital Puteri di mana kedua-dua isterinya ditempatkan.

Syafiq menekan butang automatic agar pintu pagar tertutup semula. Dia pasti Syaqil akan terus bermalam di sana. Seketika, Syafiq duduk di atas sofa. Dia menghela nafas panjang. Perlahan-lahan satu album gambar ditariknya dari dalam almari yang terletak bersebelahan dengan sofa yang didukinya itu.

Syafiq menyentuh perlahan cover album tersebut. Memories flying through… - Syaqil Aiman Taufiq. Syafiq membuka album tersebut seperti kebiasaannya. Cuma kali ini, dia bersendirian tanpa isteri atau adik kembarnya, Syafiqah di sisi. Dia membelek-belek album gambar yang diletakkan Syaqil secara rahsia sebelum dia berlepas ke luar negara dahulu. Namun, secara tidak sengaja, Syafiqah yang sedang mencari bukunya terjumpa akan album gambar itu. Sejak dari hari itu, buku itu menjadi simpanan rahsia mereka berdua.

Syafiq membuka muka surat pertama. Seluruh album itu diisi dengan gambar Aimy sepenuhnya. Sejak wanita itu berumur empat belas tahun sehinggalah sekarang. Sejak album itu ditinggalkan oleh Syaqil dan dijumpai oleh kedua-dua mereka, Syafiq dan Syafiqah secara senyap-senyap mengikuti perkembangan ‘bakal kakak ipar’ mereka itu.

Syafiq membelek gambar yang dipenuhi dengan wajah Aimy yang begiu gembira apabila dihadiahkan Syafiqah bunga lily orange kesukaannya. Kata Aimy, orange bermaksud berani. Semua manusia perlulah berani menghadapi cabaran hidup. Kerana itulah dia memilih orange sebagai warna kegemarannya. Dan kerana bunga lily itu unik, bagi Syafiq, Aimy juga seorang wanita yang unik. Dengan jayanya, wanita itu berjaya membawa adik kembarnya, Syafiqah menjadi seorang wanita yang bertukar 380 darjah dalam masa empat tahun.

Dan apa yang terjadi sebenarnya, gadis pertama yang dirisik oleh ibu dan ayah Syaqil untuknya sebenarnya adalah Aimy. Namun, Aimy menolak kerana sayangkan pengajiannya. Namun, selepas itu, dia memberitahu Syafiqah dalam nada jenaka : “Kak Aimy tunggu pemberi bunga lily orange ni meminang baru Kak Aimy terima.” Ketika itu, mereka berdua sangat kecewa tanpa menyedari pemberi bunga lily dan Along mereka adalah orang yang sama.

Namun, takdir yang ditetapkan oleh ALLAH diterima oleh mereka dengan pertunangan Syifa dengan Syaqil. Syifa yang terdengar cerita sebenar dari Syfiqah dan Syafiq berusaha menyatukan mereka semula dan akhirnya ketiga-tiga mereka menemui jalan buntu. Syafiq sedar, Syaqil sebenarnya kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Syaqil juga sebenarnya sangat menyayangi Aimy. Dia tidak mampu menerima hakikat penerimaannya pada Aimy hanya sekadar pengganti Amran. Dan dia juga tidak dapat menerima Aimy tanpa menggunakan ‘kuasa’nya sendiri. Dan akhirnya ego abangnya itu telah memakan dirinya sendiri. Syafiq hanya mampu mendoakan yang terbaik. Apa sahaja takdir yang telah tertulis perlu diterima seadanya walaupun kisahnya sangat berliku dan penuh dengan ranjau duri.

******************************************************************************

Syaqil melangkah masuk ke dalam wad kecemasan setelah mendaftarkan namanya di tempat yang diediakan. Seluruh wad masih lengang ketika jam berdenting sebanyak empat kali pada pagi itu. Syaqil mendapatkan kerusi dan duduk di sisi Aimy yang masih idak sedarkan diri di atas katil. Perlahan-lahan, tangannya mencapai tangan Aimy di atas katil.

Syaqil masih kaku di hadapan isterinya itu. Wajah tenang itu masih pucat lesi. Air matanya penyesalannya kembali mengalir. Rasa bersalahnya pada wanita itu semakin menggunung. Lama dia beristighfar sendirian dalam tangisnya. Akhirnya, Syaqil berlalu keluar. Semakin lama dia di situ, semakin laju air matanya mengalir.

Syaqil duduk di atas kerusi yang disediakan di tempat melawat. Tangannya meraup wajahnya berulang kali, cuba menghilangkan rasa gelisah yang terus bersarang di hatinya. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari sisi. Syaqil segera menoleh. Kelihatan pasangan Dr. Zulaikha dan Dr. Aiman berdiri di sisinya.

“Aiman… Duduklah…” Syaqil segera mengesat hidungnya yang masih berair. Aiman mengambil tempat di kanan Syaqil manakala Zulaikha duduk di sebelah suaminya itu.

“Dahlah, Syaq. Aku tengok kau dari tadi lagi tak berhenti menangis. Mana pergi ego kau selama ni?” Aiman bertanya sekadar berjenaka.

“Apa lagi yang aku boleh buat, Man? Aku bukannya boleh ubah apa-apa pun. Aku tau aku bersalah pada semua orang. Aku dah hancurkan hati dan perasaan semua orang. Apa lagi yang aku boleh buat?” Syaqil bertanya sendiri.

“Kalau macam tu, apa kata kami bagitau kau satu berita gembira untuk ubati kesedihan kau?” soal Dr. Aiman. Syaqil hanya memandang kedua-duanya tanpa riak.

“Ini untuk kau…” Aiman bersuara. Zulaikha menghulurkan sekuntum bunga mawar berwarna ungu pada sahabat baik suaminya itu. Mata Syaqil terus bercahaya. “Is it for real?” Anggukan daripada pasngan suami isteri itu membuatkan Syaqil terus sahaja berlari ke arah wad Kenanga yang menempatkan Syifa.

Syaqil segera membuka pintu setelah mendaftarkan namanya di kaunter pelawat. Oleh kerana Syifa berada di kelas satu, maka masa melawat agak bebas. Syifa mengalih pandang dari buku yang sedang dibacanya. Syaqil segera menghampiri. Dalam sekelip mata sahaja, kedua-duanya saling berpelukan.

“Syifa okey?” Syaqil masih tidak melepaskan pelukannya. Syifa hanya mengangguk. Air matanya mengalir laju.

“Abang…” Syifa merenggangkan pelukan.

“Hmm?”

“Syifa nak tengok Khalif?” Syifa meminta.

“Syifa nak tengok Khalif?” Syaqil mengulang kembali ayat Syifa. Isterinya itu segera mengangguk.

“Kejap, abang ambilkan kerusi roda…” Syaqil keluar seketika sebelum masuk semula bersama sebuah kerusi roda. Dengan berhati-hati, Syaqil mendudukkan Syifa di atas kerusi roda dan dibawanya ke wad bayi.

Seorang jururawat menghampiri mereka dan menyerahkan Khalif ke dalam pangkuan Syifa. Mereka leka mengacah bayi itu bersama. Setelah agak lama mereka bermain dengan bayi kecil itu, mereka kembali ke semula ke bilik Syifa.

“Abang, Syifa tak boleh tengok Aimy ke?” Syifa bertanya ketika mereka sedang bersedia untuk solat berjemaah bersama.

“Tak boleh. Orang sakit tak boleh masuk dalam wad kecemasan tu…” Perlahan sahaja jawapan itu keluar dari mulut Syaqil.

“Abang,…” Syifa tidak menyambung kata-katanya apabila mata mereka bertatapan. Syaqil membentangkan sejadahnya manakala Syifa hanya bersolat di atas katil. Syifa menahan air matanya dari gugur. Dia sedar, Syaqil sedang cuba menahan perasaan. Segala-galanya yang terjadi semuanya sudah diceritakan oleh Zulaikha sebentar tadi. Sebenanrnya, dia sudah sedar sejak jam 1 malam tadi lagi. Sengaja dia menyuruh mereka merahsiakannya dari ahli keluarganya. Namun, mendengar sahaja kisah Syaqil, Syifa segera meminta agar mereka memberitahu Syaqil tentang dirinya. Sekurang-kurangnya beban yang ditanggung suaminya itu berkurang sedikit.

Syifa akhirnya menangis sendirian di dalam solatnya. Dia sangat menyayangi Aimy dan dia yakin pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh sahabat karibnya itu. Jika tidak, tidak mungkin sehingga sebegini rupa keadaan Aimy selepas melahirkan Khalif buat suami mereka. Apa yang boleh dilakukan sekarang hanyalah mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.

******************************************************************************

Syaqil masih lagi setia berdiri tempat menunggu itu. Baru sekejap tadi, Aiman menelefonnya menyuruh dia segera ke hospital. Tanpa berlengah, terus sahaja dia keluar dari mesyuarat yang dipengerusikan oleh dirinya sendiri dan menyerahkan segala-galanya kepada Syafiq. Segera dia memandu menuju ke rumahnya mengambil Syifa sbelum kedua-duanya menuju ke hospital.

Syifa sudah hilang ke wad bayi bersama Khalif sebentar tadi. Seketika kemudian, Dr. Zulaikha muncul dari biliknya diikuti Dr. Aiman di belakang doctor wanita itu. Syaqil hanya menanti dengan perasaan yang berdebar-debar.

Dengan senyuman, Zulaikha membawa tangannya yang sebentar tadi disorokkan di belakang ke hadapan. Dalam genggamannya ada sejambak bunga lily berwarna orange. “Saya serahkan Aimy sepenuhnya pada awak. Saya tahu saya tak patut cakap macam tu pada awak hari tu. What ever it is, Aimy dah dipindahkan ke Wad Anggerik. Bilik 305. You can see her right now. Dia masih lemah lagi. Jadi, jangan lasak-lasak sangat, ya…” Zulaikha dan Aiman sama-sama ketawa.

Syaqil bagaikan tidak percaya mendengar berita yang baru sahaja diterinmanya. Dia segera menyambut huluran bunga liliy orange itu dan menuju ke Wad Anggerik. Sebaik sahaja Syaqil hilang dari pandangan, Zulaikha segera memeluk suaminya. Dalam diam, air matanya mengalir. Bagaimanakah penamat kisah ini? Mereka hanya mampu menyerahkan segalanya pada takdir.

Syaqil membuka pintu perlahan-lahan. Tanpa melangkah masuk, Syaqil hanya memerhati dari luar. Kelihatan Aimy sedang bersandar tenang di katil, masih lengkap bertelekung. Mungkin baru sahaja menunaikan solat. Di tangannya, kelihatan senaskah Al-Quran dan wanita itu khusyuk menatapnya.

Syaqil perlahan-lahan melangkah masuk dan menutup perlahan pintu bilik tersebut. Sama seperti Syifa tempoh hari, Aimy juga ditempatkan di wad perseorangan. Aimy menoleh dan seketika kemudian dia mencium naskhah Al-Quran di dalam genggamannya itu. Aimy menyuakan tangannya untuk meletakkan semula Al-Quran tersebut di atas meja sisinya, namun Syaqil terlebih dahulu mencapainya.

“Ini hantaran nikah kita dulu, kan?” Soalan Syaqil itu membuatkan Aimy tergamam seketika. Ternyata suaminya itu masih mengenali naskhah Al-Quran yang masih disimpannya itu. Dia mengangguk akhirnya. Syaqil meletakkan jambak bunga lily orang di tangannya ke atas ribaan Aimy. Aimy tersenyum.

“Ini hadiah abang untuk Aimy…” Syaqil duduk di atas katil bersebelahan isterinya. Telekung yang masih dipakai oleh Aimy ditanggalkannya dan diletakkan di kepala katil.

“Hadiah? Hadiah apa?” “Hadiah sebagai balasan Aimy dah bersusah payah lahirkan Khalif untuk abang.” Syaqil tersenyum senang. Aimy terdiam. Dia masih lagi kekok dengan layanan mesra suaminya itu.

“Hei, janganlah nangis…” Syaqil segera menyeka air mata Aimy.

“Terima kasih, abang… Aimy sayang sangat dengan abang…” Aimy terkedu apabila Syaqil menariknya ke dalam pelukan. Air matanya kesyukurannya tidak berhenti mengalir.

“Abang yang sepatutnya berterima kasih pada Aimy. Aimy dah banyak bersusah payah sebab abang. Aimy dah bawa abang balik kenal balik apa yang abang dah salah pandang dulu tapi, abang langsung tak hargai. Tapi, sekarang, Aimy jugak yang susah-payah lahirkan zuriat abang dan Aimy ucapkan terima kasih pada abang. Maafkan abang, sayang… Abang banyak buat salah pada Aimy…” Syaqil juga tidak mampu menahan air matanya.

Masing-masing hanya diam selepas itu. Hanya air mata yang menjadi saksi kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Tanpa mereka sedari, di luar kamar itu, Syifa memerhati segala-galanya dan dia juga sedang menangis kegembiraan. Dia sedia mendukung Khalif dan sebelah lagi tangannya segera mengesat air mata yang sedang mengalir di pipinya.

Setelah menunggu agak lama di luar, akhirnya Syifa melangkah masuk. Dia meletakkan Khalif dalam pelukan Aimy. Ketig-tiga mereka terus meraikan kegembiraan itu bersama-sama tanpa mengetahui apalagi ujian yang perlu mereka lalui. Walau apa pun yang terjadi, masing-masing redha dengan apa yang tertulis oleh takdir. Sebagai orang yang beriman, mereka harus menerima qadak dan qadar ALLAH dengan redha tanpa sekali-kali menyalahkan takdir. Sesungguhnya, ALLAHlah sebaik-baik perancang.

******************************************************************************

Syaqil duduk di sisi katil Khalif yang masih lena. Pipi bayi kecil itu dicuitnya. Aimy yang masih lena dipandangnya agak lama. Seketika kemudian, Syifa muncul dengan senyuman nakalnya seperti biasa.

“Amboi, abang ni… Tengok Aimy macam baru lepas bercinta je gayanya.” Syaqil ketawa. Kemudian dia terdiam. Aimy langsung tidak berkutik. Lenanya begitu nyenyak. Syaqil mengerut dahinya sedikit. Kemudian dia tersenyum semula.

“Dah, abang keluarlah dulu. Syifa nak uruskan diorang ni. Nanti dah siap, abang masuk jadi bodyguard balik…” Syifa ketawa. Syaqil turut ketawa. Dia bangkit menuju ke almari buku milik Aimy dan mencari fail yang diletakkan Syifa di situ semalam. Aimy baru sahaja keluar dari wad pagi semalam dan fail yang ingin dibawanya ke pejabat, hanya ditinggalkan di atas katil. Syifa yang menyimpannya di situ.

Syaqil menarik fail yang diletakkan di bawah sebuah buku berkulit tebal itu. Namun, kedua-duanya serentak jatuh dan disambut oleh Syaqil. Syifa yang sedang menguruskan Khalif hanya tersenyum melihat telatah suaminya itu. Syaqil terus berlalu keluar dengan membawa kedua-duanya. Dia menuju ke bilik kerjanya.

Syaqil meletakkan kedua-dua barang yang dipegangnya di atsa meja dan dia terus emmasang laptopnya. Sedang dia asyik menyiapkan kerjanya, matanya tertancap pada buku berkulit tebal berwarna orange itu. Entah kenapa, hatinya tertarik untuk menatapnya.

Syaqil membuka buku tersebut. Dia tersenyum menatap nama yang tertera di atas muka surat pertama buku tersebut. ‘THIS IS REAL ME – Aimy Sofea Yaakob.’ Perlahan-lahan buku itu dibukanya. Sekuntum bunga lily plastic berwarna orange tertampal di situ. Syaqil terkejut. Dia seakan-akan kenal bunga lily itu. Mungkinkah?

Syaqil terus menyelak helaian buku tersebut. Matanya terus berlari di atas setiap baris ayat yang tertulis kemas di atas setiap muka surat itu.

Menjadi seorang isteri bukanlah semudah yang dijangka. Mungkin semua orang mendambakan sesuatu yang baik. Namun, tidak bagiku. Tugas ini seolah-olah merampas suami sahabat baikku sendiri. Apa pun yang terjadi, aku perlu melakukan tugasku sebagai seorang isteri. Wajib!

Syaqil terus membaca. Tidak ada satu pun rasa marah atau geram yang tertulis di situ. segala-gala hanya kegembiraan. Malah, setiap hari ada sahaja kebaikan Syaqil yang tertulis di dalamnya. Langsung tidak ada kata-kata marah dan benci di dalamnya. Yang ada hanya sesalannya tentang apa sahaja perbuatan yang dirasakannya salah di hadapan Syifa dan Syaqil.

Syaqil menutup seketika buku yang terbuka di tangannya itu. Dia bersandar di kerusinya dengan keluhan yang agak panjang. Bukankah ini diari? Kenapa langsung tidak ada luahan perasaannya di dalam buku ini? Semakin menggung rasa bersalah bersarang di hati Syaqil. Syaqil tersenyum hambar mengenang semula apa yang dibacanya.

Then, it was the time where he take my key and open up the door for me. Walaupun aku tahu sebenarnya dia tak mahu menunggu lebih lama, sekurang-kurangnya, he open the door for me! It’s a victory! Alhamdulillah… Hope to open the door to his heart after this too! Insya-ALLAH.

Syaqil terus sahaja menyelak kembali helaian demi helaian buku tersebut. Sehinggalah akhirnya, Syifa muncul di muka pintu dan mengajak Syaqil bersama-sama makan tengah hari.

Keesokan harinya, Syaqil masuk bekerja seperti biasa. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30, namun Syaqil masih belum berganjak. Dia duduk menghadap komputernya seperti biasa.. Hari ini, dia sengaja berpuasa meraikan Aimy. Akhirnya, matanya tertancap semula pada ‘diari’ milik Aimy itu. Dia menyelak lagi helaian yang belum dibacanya.

Dia hilang dalam konsentrasinya sendiri. Bibirnya langsung tidak berhenti tersenyum. Segala perkara yang ditulis Aimy di dalam diari itu mampu membuatkannya rasa hatinya bercampur-baur. Walaupun ayat-ayat yang digunakan oleh Aimy mampu membuahkan tawa sesiapa sahaja yang membacanya, namun segala-galanya hanya menambahkan lagi penyesalan di dalam hatinya. Akhirnya, Syaqil berhenti seketika untuk bersolat Zohor sebelum menyambung pembacaannya.

Syaqil mengerutkan dahinya. Helaian yang penuh dengan titisan air mata itu ditatapnya. Matanya segera berlari cuba mencerna apa yang membuatkan diari itu pertama kalinya dipenuhi dengan air mata.

Aku sentiasa memastikan buku ini hanya tertulis perkara yang membuatkan aku tersenyum. Terasa bagai baru sahaja semalam aku mendapat berita tentang kewujudan bayi ini di dalam rahimku. Hari ini, aku buat pertama kalinya terpaksa menumpahkan air mataku di dalam buku ini. Walaupun ini kisah sedihku. Namun, aku tidak mampu menyatakannya pada sesiapa. Semakin kusimpan, semakin tersiat hatiku. Hanya ALLAH sahaja tempat aku bercerita. Kali ini, biarlah rahsia ini kutulis di dalam buku ini.

Hari ini, Ika memintaku datang ke hospital tempat dia bekerja. Sebaik sahaja aku tiba, aku dibawa ke biliknya. Sebaik sahaja dia menutup pintu dia memelukku sambil menangis. Aku cuba memujuknya. Makin aku cuba memujuk, makin kuat esakannya. Risau aku dibuatnya.

Agak lama dia menangis tanpa mampu mengucapkan apa-apa kepadaku. Hingga akhirnya, Aiman melangkah masuk. Wajahnya tidak ceria seperti biasa. Dia memandangku agak lama sebelum menyerahkan sebuah fail yang terletak di atas meja kepadaku.

Aku segera membukanya. Hampir luruh jantung aku membaca apa yang tertulis di atas keputusan rekod kesihatanku itu. Patutlah hampir dua minggu, Ika mengelak untuk memeriksa kesihatanku. Apa yang perlu aku lakukan? Aku disahkan menghidap barah pangkal rahim. Aku dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan ini memandangkan kandungan belum berusia 120 hari. Ya ALLAH, apa yang harus aku lakukan?

Syaqil terkejut membaca diari tersebut. Telefon bimbit yang tiba-tiba berdering di atas meja segera dicapainya. Syifa?

“Assalamualaikum, bang…” Syifa tenang dan sopan menyapa suaminya.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Syifa, kenapa tiba-tiba call abang ni?” Agak cemas Syaqil bertanya.

“Tak, macam ni, bang. Syafir (adik Syifa) ajak Syifa temankan dia pergi shopping last sebelum dia fly balik nanti. Syifa call abang ni nak minta izin abanglah.” Syifa memberitahu.

“Abang izinkan. Aimy dengan Khalif buat apa?” Syaqil bertanya sekadar menyedapkan hatinya.

“Ada kat sebelah Syifa ni hah. Khalif dah tidur balik dah. Ummi dia tengah makan tengah hari. Abang nak cakap dengan Ummi Khalif?” Syifa bertanya, mengusik suaminya itu.

“Eh, tak apalah. Abang tak nak ganggu. Kejap lagi abang balik. Abang balik awal hari ni. Nanti lambat pulak nk buka puasa sama-sama.” Syaqil bersuara lega. Dia tidak mampu bercakap dengan Aimy lagi ketika ini.

Syifa hanya ketawa. “Syifa keluar sekejap. Dalam pukul 5 nanti, Syifa balik ya, bang…” Syifa memberitahu secara detail seperti biasa.

“Okey. Jalan baik-baik tau…” Syaqil berpesan.

“Ya, abang. Syifa pergi dulu. Assalamualaikum.” Salam bersambut sebelum talian dimatikan. Syaqil menyambung pembacaannya.

Hari ini genap seminggu aku beristikharah. Aku benar-benar memohon pertolongan dari ALLAH agar Dia membantuku membuat keputusan yang sebegini sukar. Apa yang perlu aku lakukan? Aku sendiri keliru.

Petang tadi, ketika aku bersendirian mengemas bahagian stor, aku terdengar Syifa dan abang berbual sesama sendiri.

Abang : Abang ada bincang dengan Aiman haritu. Dia cakap, Syifa still boleh buat

rawatan susulan.

Syifa : Rawatan susulan apa pulak, bang?

Abang : Untuk kuatkan balik rahim Syifa. So, esok, Syifa kena pergi buat pemeriksaan.

Insya-ALLAH, kita boleh dapat anak lagi.

Syifa : Syifa ikut aje cakap abang. Abang nak baby sesangat ya, bang?

Abang : Bila kita ada anak dan anak kita tu jadi anak yang soleh dan solehah, kita dapat

pahala tau, Syifa. Nanti, bila kita dah tak ada, doa anak yang soleh itu akan meneruskan pahala kita. Tapi, abang reda je, sayang. Kalau ALLAH nak bagi kita, Alhamdulillah. Yang penting kita ikhtiar, okey?

Kiranya, mungkin ini petunjuk dari ALLAH kepadaku. Jadi, aku membuat keputusan untuk tidak menggugurkan bayi ini. Lagipun, meninggal dunia ketika melahirkan bayi bukankah dikira syahid? Semoga ini keputusan yang tepat.

Syaqil terus menutup buku diari itu dan diletakkan di atas meja. Kaca matanya ditanggalkan dan dia segera meraup wajahnya berulang kali. Syaqil bersandar di kerusinya, cuba mencari ketenangan. Jemarinya memicit pangkal hidung, menghilangkan tekanan dan rasa bersalah yang seakan-akan sedang menghempapnya kini. Tanpa disedari, setitis demi setitis air mata gugur di pipinya. Syaqil akhirnya bangkit dan menuju ke surau. Hanya ALLAH sahaja tempat dia mengadu kini…

******************************************************************************

Syaqil memberhentikan keretanya di dalam garaj. Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta, sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumah itu. Syaqil yang sememangnya mengenali pemilik kereta itu segera mengukir senyum tanpa perisa.

Syifa melangkah keluar dengan senyuman manisnya seperti biasa. Adik bongsu Syifa, Syafir segera keluar dan menyalami abang iparnya itu. “Jemputlah masuk dulu, Fir…” ajak Syaqil.

“Eh, tak payahlah. Dah lambat ni. fir pun belum solat Asar lagi. Lagipun dah janji nak keluar berbuka dengan Along…” Syafir segera meminta diri untuk pulang.

Syifa mengekori langkah Syaqil ke dalam rumah. Dia perasan akan air muka suaminya yang tidak setenang biasa. Seperti ada sesuatu yang menganggu benak suaminya itu. Syifa ingin bertanya, tetapi dia yakin sekarang bukan masa yang sesuai.

Syifa terus sahaja naik ke bilik bersama-sama Syaqil. mereka berjemaah bersama sebelum kedua-duanya menyibukkan diri di dapur. Seperti biasa, Syaqil ringan tulang membantu isterinya di dapur. Sesekali, Syaqil mengeluh juga. Entah kenapa, baris-baris ayat yang terkandung dalam diari Aimy itu asyik terbayang di ruang mindanya.

Syifa hanya memerhati dari jauh. Dia masih menunggu waktu yang paling baik untuk bertanyakan masalah suaminya. Yang pastinya, watu yang paling baik sekali adalah setelah selesai menunaikan solat Isyak malam nanti.

Setelah masuknya waktu Maghrib, Syaqil, Syifa beserta Aimy sama-sama berbuka puasa di ruang makan. Syaqil hanya diam tanpa bicara seperti kebiasaannya. Hanya Aimy dan Syifa kadang-kadang berceloteh itu dan ini sesama sendiri.

Selesai makan, masing-masing mula bergotong-royong membersihkan dapur sebelum sama-sama solat Maghrib berjemaah. Syaqil mengimamkan solat Maghrib itu manakala Aimy sendirian di kamarnya di tingkat bawah menguruskan Khalif.

Seperti biasa, usai sahaja solat jemaah Maghrib, mereka sama-sama membaca Al-Quran sementara menanti masuknya waktu Isyak. Syaqil dan Syifa akhirnya menunaikan solat Isyak setelah selesai bertadarus.

Sedang mereka khusyuk berdoa, telinga Syaqil tiba-tiba tertangkap bunyi yang agak kuat dari tingkat bawah. Dengan pantas, Syaqil mengaminkan doanya dan berlari turun ke tingkat bawah. Syifa yang juga terkejut segera menanggalkan kain yang dipakainya dan mengekori langkah Syaqil dengan kelajuan yang sama.

Syaqil segera meluru masuk ke dalam bilik Aimy mendengar tangisan Khalif. Syifa yang mengekori di belakang terkaku di pintu bilik. Syaqil yang terlebih dahulu tiba segera mengangkat tubuh Aimy yang terbaring di atas lantai dengan serpihan kaca di sisinya. Syaqil segera memeriksa jika ada kaca yang terkena pada tubuh isterinya itu sebelum bergegas ke meja telefon dan menelefon ambulans. Syifa yang agak lama tergamam segera mendapatkan Khalif di atas katil bayi dan berusaha menenangkan bayi yang masih menangis itu.

Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba di hadapan rumah mereka. Aimy segrea dikejarkan ke hospital dan ditemani oleh Syaqil. Syifa pula tinggal di rumah untuk menguruskan Khalif.

Tidak lama selepas itu, Syifa pula muncul bersama-sama dengan Annisa dan Luqman. Syaqil yang menelefon kedua-duanya meminta agar mereka membawa Syifa dan Khalif ke hospital.

Syaqil meraup wajahnya berulang kali. Aiman hanya menepuk perlahan bahu sahabatnya itu memberi sokongan. Aimy masih di dalam wad kecemasan. masing-masing hanya membisu. Tidak ada sesiapa yang mampu berkata-kata. Yang ada hanyalah kata-kata pendorong pembakar semangat dan huluran doa.

Syifa duduk sendirian bersama Khalif yang sudah lena di dalam pangkuannya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi, namun, Syifa, Syaqil dan Aiman maish sedia menanti di ruang lobi. Luqman dan Annisa baru sahaja pulang ke rumah masing-masing emmandangkan esok adalah hari bekerja.Keluarga masing-masing sudah diberitahu dan mungkin akan tiba selepas Subuh nanti.

Setelah agak lama menanti, Zulaikha keluar dari wad kecemasan. Dia segera menghampiri Aiman dan membisikkan sesuatu pada suaminya itu. Segera, mereka beriringan berlalu pergi dari situ. Syaqil dan Syifa hanya berpandangan sesama sendiri.

30 minit kemudian, Zulaikha dan Aiman keluar semula. Aiman menyerahkan sekeping sampul surat pada Syaqil. syaqil mengerut dahi. “Aimy cakap, dia nak balik rumah. Dia dibenarkan keluar wad pagi ini jugak. Mungkin leas Subuh nanti, pihak hospital akan hantar dia balik. Korang berdua bolehlah balik dulu. Atau nak tunggu dekat sini?” Zulaikha memberi pilihan.

“Kita balik dululah Syifa. Lagipun nanti ibu, ayah ummi dengan abah, tak payah terus datang hospital lagi…” Syaqil membuat keputusan.

Akhirnya mereka segera bergerak pulang ke rumah. Masing-masing hanya membisu sepanjang perjalanan. Tidak ada apa lagi yang mampu diucapkan oleh mereka. Segala-galanya kini hanya terletak pada takdir ALLAH Yang Maha Berkuasa.

Pagi itu, kedua-dua ibu bapa mereka tiba di rumah milik Aimy. Masing-masing menanti ketibaan Aimy di rumah manakala, Syaqil pula bergerak ke hospital bagi menguruskan segala keperluan Aimy sebelum dibawa pulang ke rumah.

Comments