CERITA CINTA (4)

Sudah hampir seminggu Aimy berada di rumahnya bersama-sama Syaqil, Syifa dan Khalif. Khalif pula sudah semakin membesar. Usianya sudah menceceah hampir tiga minggu. Aimy bersandar tenang di kepala katil sambil memandang bayinya yang nyenyak tidur di sisinya. Dia meneruskan bacaannya. Syifa dan Syaqil sudah keluar awal pagi tadi memandang kesihatan Syifa yang agak kurang memeuaskan sejak akhir-akhir ini.

Aimy bangkit dan menuju ke almari simpanannya. Dua buah kotak yang berbalut kemas dikeluarkannya dari almari tersebut dan diletakkan di atas meja. Dia menanggalkan stoking yang dipakainya dan bergerak terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Aimy bertafakur sendirian di tengah kamarnya pagi itu. Entah kenapa, air matanya mengalir laju di pipi. Dia bangun memangku bayinya yang masih lena dan diciumnya berulang kali. “Ummi sayang sangat dengan Khalif. Ummi harap, Khalif akan jadi harta yang paling berharga dalam hidup ummi dunia dan akhirat sayang. Jadilah anak yang soleh, ya Khalif…” Khalif mengeliat apabila pipinya dicium berulang kali. Dengan penuh kaish sayang, Aimy meletakkan semula Khalif di atas katil sebelum kembali membaca.

Syaqil dan Syifa pula berjalan keluar dari klinik sambil berpegangan tangan. Wajah kedua-duanya begitu ceria. “Tak sabar nak balik bagitahu berita gembira ni pada Aimy, bang…” Syifa bersuara ceria sambil memeluk erat lengan suaminya. Syaqil hanya tersenyum. Ya, berita kehamilan Syifa memang sangat dinantikan oleh mereka. Setelah beberapa kali menjalani rawatan, akhirnya, ALLAH memakbulkan doa mereka.

Syaqil terus memandu pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Syifa segera menuju ke bilik Aimy. Syifa terus memeluk Aimy yang sedang bersandar sambil membaca buku di atas katil. Aimy yang agak terkejut segera membalas pelukan sahabtanya itu.

“Syifa mengandung, Aimy!” Syifa bersuara gembira. Aimy terus memeluk tubuh Syifa dengan lebih erat. “Betul ke? Alhamdulillah. Akhirnya ALLAH makbulkan doa kita… Terima kasih, Ya ALLAH… Terima kasih…”

“Abang cakap, dia nak buat dinner kat sini. Dah lama dia tak memasak katanya. Dia nak ajak Aiman dengan Luqman datang…” Syifa memberitahu. Aimy hanya tersenyum sambil mengesat air matanya.

Syifa keluar setelah berkongsi kegembiraan itu dengan Aimy. Dia segera membantu mengemas rumah manakala Syaqil keluar ke pasar berdekatan untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk mereka memasak.

Malam itu, selesai solat Isyak berjemaah, Syifa membantu membuat persiapan terakhir. Syaqil pula melangkah masuk ke dalam bilik Aimy. Aimy sedang duduk sendirian sambil tangannya setia memgang tasbih. Itu yang membuat Syaqil sebenarnya kagum dengan wanita itu. Dia sentiasa yakin untuk meneruskan kehidupannya tanpa sedikitpun menyalahkan takdir atas segala-gala yang berlaku kepadanya. Keyakinannya pada ALLAH begitu tinggi.

“Assalamualaikum…” Syaqil duduk di atas katil. Dia memandang Khalif yang sedang lena di atas katil bayi di hujung katil.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Abang…” Aimy segera bergerak memberi ruang pada Syaqil di atas katil tersebut.

“Abang ada benda nak bagitau Aimy…” Syaqil memulakan bicaranya. Aimy hanya mengangguk, menanti bicara suaminya.

“Abang nak minta maaf banyak-banyak pada Aimy… Abang dah banyak buat salah pada Aimy, kan… Selagi Aimy tak maafkan abang, selagi tu abang akan rasa bersalah pada Aimy…” Syaqil berbicara perlahan.

“Apa abang cakap ni? Abang tak ada buat salah apa pun pada Aimy. Malah Aimy rasa bahagia dapat jadi isteri abang. Kalaupun abang ada salah dengan Aimy, Aimy tak pernah simpan dendam dengan abang. Abang tetap suami Aimy sampai bila-bila, bang…” Aimy membalas bicara suaminya.

“Abang dah tau segala-galanya, Aimy… Abang yang sepatutnya rasa bangga dapat isteri macam Aimy. Tapi, abang ni ikut hati sangat… Abang langsung tak pedulikan Aimy, sakitkan hati Aimy… Tapi Aimy still buat baik dengan abang… Ni, buku ni, abang jumpa hari tu atas rak. Abang minta maaf sebab abang baca tanpa pengetahuan Aimy..” Belum sempat Syaqil menyambung bicaranya, Aimy sudah mula menangis.

“Kenapa Aimy menangis?” soal Syaqil cemas.

“Abang baca semua yang tertulis dalam buku ni?” Aimy menunjuk pada buku di tangan Syaqil. Syaqil segera mengangguk. Aimy hanya diam sambil menahan esakannya.

“Aimy ingat hari ni hari apa?” Syaqil bertanya secara tiba-tiba. Aimy mengerut dahi.

“Hari ni hari ulangtahun pernikahan kita yang pertama. Abang ada hadiah untuk Aimy…” Syaqil mengesat air mata Aimy. Perlahan-lahan dia menarik tubuh ke dalam pelukannya. Aimy hanya membiarkan Syaqil meneruskan bicaranya.

“Mulai hari ni, abang nak, kita bertiga, abang, Syifa dan Aimy terus bahagia. Abang akan jadi suami yang baik pada Aimy dan Syifa. Abang tak akan sakitkan hati Aimy lagi, okay?” Aimy terus menangis dalam pelukan suaminya. Akhirnya Syaqil melepaskan pelukan. Dia berlalu keluar dari bilik tersebut. Aimy segera mengesat tubir matanya.

Tidak lama selepas itu, Syifa pula melangkah masuk ke dalam kamar itu dengan senyuman. Aimy mengajak Syifa duduk di sisinya.

“Syifa, Aimy sayang sangat denganSyifa. Apa yang Syifa dah buat pada Aimy, langsung tak dapat Aimy nak balas. Syifalah sahabat Aimy yang terbaik dunia dan akhirat…” Aimy tersenyum manis pada sahabatnya itu.

Syifa mengerut dahi. “Apa Aimy cakap ni?”

“Aimy mintak maaf kalau Aimy ada buat salah pada Syifa, ya…” Aimy membaringkan tubuhnya di atas katil sambil dibantu oleh Syifa. Air matanya dibiarkan mengalir tanpa dikesat.

“Aimy, kenapa ni? Abang! Abang!” Syifa mula panik. Aimy tidak seperti biasa pada malam ini.

Syaqil yang sedang menyusun gelas segera bergerak menuju ke bilik Aimy. “Syifa, kenapa?” Syaqil juga cemas seperti Syifa.

“Syifa tak tahu… Tapi Aimy ni cakap yang bukan-bukan…” Syifa memberitahu.

“Abang…” Aimy menarik tangan Syaqil.

“Aimy sayang sanagt dengan abnag. Sejak kali pertama Aimy nampak abang, Aimy sebenarnya dah suka pada abang… Abang ampunkan semua salah Aimy ya…” Aimy mengesat hidungnya yang terasa berair. Syaqil segera meletakkan jari telunjuknya pada bibir Aimy.

“Aimy demam ni, bang. Panas sangat badan dia ni…” Syifa segera mendapatkan kain apabila melihat hidung Aimy berdarah. Agak lama mereka berdua sama-sama berperang dengan keadaan sambil mengesat darah yang mengalir dari hidung Aimy.

“Assalamualaikum…” Kedengaran suara Aiman memberi salam dari luar.

Syaqil segera menjawab salam sambil berlari membuka pintu. “Kenapa dengan kau ni, Syaq? Kalut semacam je?” Aiman bertanya.

“Aimy demam panas. Hidung dia berdarah…” Tanpa membuang masa, Zulaikha terus berlari ke bilik Aimy. Dnegan dibantu oleh Syifa, mereka sama-sama cuba menghentikan darah yang mengalir dari hidung wanita itu.

“Aimy, tahan Aimy… Mengucap. Ingat ALLAH banyak-banyak…” Dalam kekecohan itu, tanpa disedari, air mata Zulaikha mengalir. Rahsia yang disimpannya selama ini tiba-tiba sahaja kembali berlayar di kamar mindanya. Dia hanya mampu berdoa agar ALLAH emmanjangkan umur sahabatnya itu.

Wajah Aimy mula dibasahi peluh. Zulaikha pula terus mencuba sedaya-upaya menghentikan pendarahan tersebut. Syifa hanya memandang bibir Aimy yang sudah mula pucat itu masih bergerak perlahan.

Zulaikha akhirnya terduduk, dia melutut di atas lantai. Syifa yang agak terpinga-pinga segera mendapatkan wanita itu. Aimy sudah tidak sedarkan diri lagi. Syifa perlahan-lahan membantu Zulaikha berdiri. “Kenapa ni Ika?” Syifa bertanya.

Esakan Zulaikha makin kuat mendengar pertanyaan dari Syifa. Syaqil yang terdengar perbualan mereka itu segera melangkah masuk. Dia memandang Zulaikha yang sedang menangis dalam pelukan Syifa yang sedang hairan dengan segalanya yang sedang berlaku.

Syaqil segera meluru ke katil Aimy. Wajah yang pucat itu masih tenang. Darah yang keluar dari hidungnya sudah berhenti. Syaqil segera mendekatkan telinganya ke dada isterinya itu. Dia terkejut. Segera dia memandang Zulaikha yang sedang menangis. Wanita itu hanya mengangguk dalam tangisannya.

Syaqil terduduk di atas lantai. Syifa melepaskan pelukannya pada Zulaikha dan segera pula mendapatkan suaminya dalam keadaan yang terpinga-pinga. Zulaikha melangkah keluar dan terus memeluk tubuh Aiman.

Syaqil memeluk erat tubuh Syifa. Dia menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan sebaris ayat keluar dari bibirnya. “Aimy dah tak ada, Syifa… ALLAH lebih sayangkan Aimy…”

“Abang tak tipu Syifa, kan?” Gelengan Syaqil membuatkan Syifa terkaku seketika sebelum perlahan-lahan air matanya gugur. “Innalillahi wainnailaihi rajiun…”

******************************************************************************

Ke hadapan suami dan sahabat yang sangat Aimy sayangi dan kasih sepenuh hati…

Aimy minta maaf kerana tak memberitahu perkara ni dari mula. Aimy tidak mahu semua orang risau akan keadaan Aimy. Biarlah sepahit mana pun ujian yang terpaksa Aimy lalui, Aimy reda. Aimy yakin yang setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Sebenarnya, Aimy disahkan menghidap penyakit barah pangkal rahim. Aimy juga dah hampir dua tahun menghidap leukemia. Pada mulanya, Aimy sangat kecewa. Tetapi, abang dan Syifa memberi kekuatan pada Aimy secara tidak langsung. Aimy rasa, Aimy perlu teruskan hidup demi kalian…

Harapan Aimy, jagalah Khalif sebaiknya. Jadikan dia anak yang soleh. Aimy yakin dengan kebolehan kalian. Maafkan Aimy kerana Aimy hadir menjadi orang ketiga dalam rumah tangga abang dan Syifa. Tetapi, Aimy sangat bersyukur kerana diri Aimy begitu dihargai. Terima kasih kerana jaga Aimy dengan baik, selalu menyokong Aimy dan selalu ada di sisi Aimy. Jasa abang dengan Syifa tak dapat Aimy balas.

Aimy doakan yang terbaik untuk abang dan Syifa. Jadilah ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Tidak ada apa yang boleh menggembirakan Aimy selain melihat kegembiraan abang dan Syifa. Semoga jodoh abang dan Syifa kekal untuk selamanya.

Salam sayang,

Aimy Sofea Yaakob

TAMAT.. :)

Comments